Hari ini aku nak ceritakan sedikit pasal Si
Puteh. Puteh aku beli daripada sahabat aku Azril Mat Saman ketika usianya lebih
kurang 6 bulan lebih. Puteh adalah mutasi Fischery yang mana
kedua-dua induknya ialah Double Yellow Factors Fischery. Nama
Puteh aku berikan sepena warnanya yang putik melepak.
Sepertimana anak-anak hasil "handfeed"
sifat Puteh adalah manja dan mempunyai attitude tersendiri, suka
menggigit dan attention seeker. Puteh pernah terlepas daripada sangkarnya
ketika aku membersihkan sangkarnya dan Alhamdullilah Puteh tidak melarikan diri
dan sempat aku tangkapnya kembali. Dulu Puteh tinggal bersama dengan aku di
Kuala Lumpur sekejap sebelum aku bawa pulang ke Dungun untuk di breed.
Memandangkan aku ketiadaan jantan Fischery yang available maka Puteh
tidak mempunyai pasangannya sepertimana Lovebird aku yang lain. Mungkin kerana
terlalu sihat dan kadar kesuburan yang tinggi, Puteh pernah bertelur 5 biji pada
Disember tahun lepas dan baru-baru ini Puteh bertelur lagi sebanyak 2 biji tanpa
pasangan jantan .
Kini Puteh tidak lagi totally berbulu
putih kerana warna-warna pastel telah mula keluar setelah molting
buat kali pertama pada awal Disember tahun lepas. Dari hari ke hari sewaktu
molting, bulu-bulu pastelnya makin kelihatan dan jika sesekali dilihat
Puteh boleh dikategorikan dengan mutasi Pied. Tak menjadi masalah
bagi aku dengan perubahan ini yang penting Puteh makin cantik dengan bulu
barunya dan warnanya jika delihat secara live amat gebu dan sesekali seperti
warna Ivory. Puteh makin besar dan makin solib dan yang paling penting makin
sihat dan active. Sifat manja anak handfeed masih lagi ada didalam diri
Puteh walaupun dah hampir setengah tahun Puteh dilepaskan bersama-sama dengan
Lovebird lain didalam nursery aviary yang aku khaskan hanya untuk
anak-anak muda lovebird yang hasil dari aku breed sendiri.
PUTEH
LAVENDER
Alhamdullilah seorang sahabat aku Zuar Yusof
menghadiahkan aku seekor jantan Pied Blue Series Fischery untuk
dipasangkan dengan Puteh. Kondisi jantan ini amat bagus pada pandangan kasar
mata aku yang mana jantan ini mempunyai bulu yang bersih, mata bersinar, active
dan tubuh yang menarik sesuai untuk di breed dengan Puteh. Buat masa ini mereka
masih lagi dalam prose untuk bonding dan seterusnya menjadi proven pair
(hopefully). Harap dalam masa dua bulan akan datang Puteh dan jantan yang aku
namakan Lavender ini akan dapat membiak dan menjadi pasangan induk yang
baik dalam Aviary Birds Region aku. Rasa tak sabar untuk menanti apakah
mutasi warna generasi Puteh dan Lavender kelak :) .
No comments:
Post a Comment