Menjadi
tanggungjawab kita sebagai peminat burung menyediakan sangkar yang sesuai dan
selesa untuk mereka semua. Alhamdullilah pada permulaan saya serius dengan hobi
dan minat terhadap spesis medium dan small parrot ni saya telah berjaya membina
sangkar atau Aviary yang saya rasa cukup seslesa untuk mereka.
sewaktu masih lagi dalam
pembinaan
Sewaktu hari pertama Aviary dimuatkan
dengan koleksi parrot
Material yang saya gunakan adalah kawat tahan
karat yang berharga RM360 segulung yang mana matanya berukuran 0.5 inci. Saiz
ini saya pilih adalah untuk mengelakkan Aviary saya dimasuki oleh tikus dan ular
kecil. Kayu 2inci x 2inci saya gunakan untuk rangka dan kayu 2inci x 3inci
digunakan sebagai strutur rangka utama untuk memastika Aviary saya kukuh dan
kuat.
Atap pula saya
gunakan asbestos. Asbestos dipilih kerana ciri-cirinya yang tahn lasak, tidak
berkarat dan penebat haba dihari panas terutama ketika musim kemarau. Bahagian
belakang Aviary saya lapiskan dengan aluminium bagi mengurangkan Aviary ini
terlalu terdedah dari pandangan luar dan sebagai pelindung daripada hujan dan
angin sejuk sebab seperti kita maklum spesis parrot ini alah pada cuaca sejuk
terutama dimalam hari dan dimusim hujan.
Tapak asas aviary saya dikonkritkan sepenuhnya
bagi mengelakkan tikus menceroboh dari dalam tanah dan bagi melindungi struktur
asas daripada rosak. Didalam Aviary saya masukkan pasir sungai bagi kelihatan
natural dan sebagai agen nyah-bau najis burung.
Oleh kerana sifat parrot ni suka dengan mainan,
saya meletakan beberapa mainan seperti loceng untuk mereka. Mainan penting bagi
burung yang agak liar bagi membuang sifat liar semulajadi mereka bagi menjadikan
mereka lebih jinak. Mainan juga penting bagi menghilangkan stress burung didalam
kurungan dan menjadikan mereka aktif dan sihat. Alhamdullilah parrot saya amat
meminanti loceng dan mainan terutama Indian Ring Neck saya si Moly dan Poly.
Mainan ini banyak menceriakan mereka dan mengelakkan mereka daripada sindrom
kemurungan.
Bagi mengelakkan terlalu banyak cahaya masuk
kedalam Aviary, saya lapiskan syilling rumah pada bahagian tepi Aviary. Aviary
saya boleh dikatakan 50% terbuka dan 50% lagi tertutup. Aviary ini saya muatkan
dengan satu bahagian untuk Indian Ring Neck, satu bahagian untuk Love Bird dan
satu bahgian lain untuk Cockcetail.
Ini pula Cage untuk Sun Conure saya, Nini dan
Nicky. Cage ini berukuran 6kaki x 3kaki 3 x 3.5 kaki dan dibahagikan kepada 2
bahagian. Setakat ini hanya satu bahagian sahaja digunakan dan satu bahagian
lagi kosong dan hanya digunakan sesekali untuk Nick (Red Lory) jika kami pulang
bercuti dikampung. Insyallah bahagian yang kosong itu kelak akan ada
penghuninya, jenis apa yang bakal menghuni bahagian itu kita tunggu dan
lihat...Insyaallah. Material yang digunakan adalah besi 1 inci x 1 inci, kawat
tahan karat mata berukuran 0.5 inci. Atap cage
ini boleh dipisahkan daripada cage. Aviary ini dibina oleh adik saya yang mahir
dalam tukangan logam ini. Sebenarnya cage ini belum lagi siap sepenuhnya yang
mana kaki atau stand bagi cage ini belum lagi dibina dan Insyaallah akan saya
bini secepat mungkin di lokasi yang bersesuaian.
Ini pula breeding cage bagi Red Lory saya, breeding cage ini pula berukuran
3.5 kaki x 3.5 kaki x 5 kaki. Cage ini cukup selesa untuk sepasang Red Lory saya
yang masih lagi dalam proses untuk "bonding pair". Di dalamnya diletakkan
mainan dan dahan pokok bagi keselesaan mereka.
Ini pula adalah cage yang saya gunakan untuk
breed Love Bird saya, Cage ini hanya diletakan setiap pasangan induk Love Bird
saya. Saiznya 3.5 kaki amat selesa untuk mereka. Saya hanya letakkan satu stand
kayu hutan sahaja dalam setiap cage bagi mengelakkan cage menjadi sesak dan
serabut. Alhamdullilah dengan saiz cage ini pasangan induk Love Bird saya bisa
lagi boleh terbang dengan selesa cuma saya pastikan nestbox yang diletakkan
didalam cage ini hanya berukuran 12 inci panjang x 6 inci x 6 inci tinggi.
Insyaallah dalam perancangan saya akan
tambahkan lagi Aviary di kampung bagi menampung jumlah parrot yang akan saya
miliki suatu masa nanti. Dalam perancangan mungkin saya akan membeli 3 pasang
spesis Lory iaitu, Black Lory, Brown Lory dan Dusky Lory untuk di biakkan.
No comments:
Post a Comment