Alhamdullilah syukur kepada Allah akhirnya pada
bulan lepas aku memperolehi Wild Green Personatus@Masked atau Collared jantan
pertama yang aku beri nama ZORRO. Zorro aku dapat daripada member aku Azril yang
menjualnya setelah Zorro kematian pasangannnya yang gagal bertelur secara
normal. Collared adalah warna asal bagi jenis Personatus@Masked dan amat disukai
olah breeder di luar negara kerana keaslian warnanya amat memikat hati. Kalau
diperhatikan pada batang tubuh collared, kita boleh lihat terdapat 4 warna
dominan iatu:
- - Merah pada paruh
- - Hitam pada kepala atau mask
- - Kuning pada tengkuk, dan
- - Hijau pada badan.
Colared juga mempunyai kadar imunisasi dan
tahan penyakit yang tinggi jika ingin di bandingkan dengan mutasi
Personatus@Mask yang berwarna lain kerana sifat dominan yanga ada pada collared
itu sendiri. Kebarangkalian anak untuk mengikut warna induk collared adalah
tinggi berbanding induk berwarna lain jika induk collared dipasangkan dengan
induk berwarna lain bagi proses pembiakan.
Collared dianggap RARE dikalangan peminat
Personatus@Masked Love Bird kerana tidak ramai yang mempunyai pure baka collared
di Malaysia dan Alhamdullilah aku memiliki Zorro. Oleh sebab itu aku akan
pastikan baka Zorro akan aku pelihara sebaik mungkin untuk memastikan generasi
Zorro daripada baka collared tidak akan dicemari.
Harapan pada Zorro tinggi sangat untuk
dijadikan baka. Buat masa ni aku tidak lagi menjumpai betina collared yang
betul-betul menepati apa yang aku cari. Insyaallah kalau lah tiada betina
collared mungkin aku akan pasangkan Zorro dengan Personatus@Masked Violet suatu
hari nanti. Masked adalah baka asal daripada collared tetapi telah mengalami
proses mutasi yang menjadikan kepelbagaian warna mutasi baka Personatus (mask)
hasil daripada pemilihan baka terpilih Personatus@Masked.
Sekarang Zorro menunjukkan kadar kesihatan yang
positive dan sifat penjantan yang bagus sekali. Harap Zorro akan menjadi baka
penjantan unggul dalam koleksi collared aku kelak
No comments:
Post a Comment