DD Pastel
Mauve Personatus
Seperti semua jenis burung, Love Bird juga akan
menyembunyikan penyakit dan kemerosotan tahap kesihatan mereka. Ini adalah sifat
semulajadi semua burung dan juga haiwan bagi mengelakkan mereka daripada dikesan
oleh pemangsa seterusnya menjadi mangsa yang mudah bagi pemangsa. Love Bird akan
dilihat betul-betul sakit apabila mereka telah berada didalam kaadaan yang
kronik dan pada masa ini rawatan perlu diberikan dan Love Bird yang sakit harus
dipisahkan secepat mungkin daripada kumpulan atau pasangannya bagi mengelakkan
penyebaran penyakit terutama penyakit yang disebabkan oleh virus. Biasanya Love
Bird yang telah dalam kaadaan kronik sukar untuk dirawat dan kebarangkalian
untuk mati adalah tinggi. Masalah ini juga pernah dialami oleh saya
sendiri.
Dengan pemerhatian setiap hari, anda pasti akan
dapat melihat perubahan pada Love Bird anda. Anda pasti dapat menentukan
perubahan dalam keaktifan mereka, susuk tubuh, selera dan sebagainya. Ini adalah
penting bagi memastikan Love Bird anda sentiasa berada dalam pemantauan yang
berterusan dan penyakit yang mereka hidapi boleh dikesan dan dirawat pada
peringkat awal daripada menjadi kronik. Dibawah ini saya senaraikan antara
tanda-tanda Love Bird anda mempunyai masalah kesihatan, antara tanda-tandanya
adalah;
- Masalah pernafasan/pernafasan tidak normal atau tercungap-cungap (Respiratory Disease/Respiratory Distress)
- Ekor sentisa bergerak dari atas dan ke bawah
- Keluar lendir/hingus daripada mulut, hidung atau mata
- Najis melekat pada buntut/ cirit birit
- Bulu kembang dan tidak normal, bulu berdarah
- Kepala tunduk kebawah, sayap dan ekor melabuh kebawah atau jatuh kebawah
- Mata kusam atau bengkak
- Mempunyai ketulan atau bengkak pada badan
- Mengjauhkan diri daripada kumpulan atau pasangan
- Muntah-muntah
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Hilang selera makan
- Tidak aktif
Respiratory
Disease/Respiratory Distress
Respiratory Disease/Respiratory Distress adalah
penyakit atau musuh utama yang biasa menyerang Love Bird saya dan mungkin juga
kepada Love Bird anda. Respiratory Disease/Respiratory Distress adalah penyakit
berkaitan dengan saluran pernafasan atau lebih mudah lagi dikenali sebagai "SELSEMA" . Penyakit ini biasanya disebabkan oleh
kaadaan cuaca semasa terutama dimusim hujan atau kadar kelambapan sekitar aviary
atau cage dimana kita menempatkan Love Bird. Mengikut pengalaman saya, Love Bird
amat sensitive pada tempat-tempat yang lembap dan sejuk kerana menjadi lumrah
burung yang kecil mempunyai peparu yang kecil dan lemah dan jikalau diikutkan
habitat asal Love Bird adalah berasal dari kawasan panas Savana atau
negara-negara Africa yang tentu sekali amat berbeza kaadaan cuacanya dengan
iklim khatulistiwa negara kita yang kadar kelembapannya adalah tinggi. Mengikut
pemerhatian, Love Bird dalam peliharaan saya lagi sihat dan aktif ketika musim
panas atau kemarau.
Antara simtom-simtom Respiratory
Disease/Respiratory Distress adalah;
- Kesukaran bernafas atau tercungap-cungap
- Keluar lendir pada hidung, mulut dan mata
- Bulu menjadi kusam
- Kadar dengupan jantung yang kencang
- Bunyi seperti orang diserang asma/semput
gambar
hiasan
Rawatan
- Dapatkan rawatan daripada Doktor yang mana kebiasaanya ubat anti fungus akan diberikan. Doktor akan memberikan nasihat yang bersesuaian bagi rawatan patogen yang menjadi punca penyakin ini. Ciprofloxacin iaitu antibiotik bagi rawatan resdung yang kronik dan sistem pernafasan akan diberikan mengikut kadar yang bersesuaian dengan Love Bird anda. Cipro adalah ubat yang amat kuat dan hanya dikeluarkan oleh pakar perubatan yang dibenarkan sahaja. Nasihat daripada Doktor adalah penting bagi memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian dan memberi kesan positif dalam proses rawatan. Pastikan kaadaan sekitar cage atau aviary Love Bird anda sentiasa dalam kaadaan kering dan bersih. Kebersihan adalah punca kepada sesihatan yang baik bagi semua kehidupan.
- http://zooveterinary.com/tag/enrofloxacin
- Punca penyakit ini adalah disebabkan persekitaran yang lembah, kaadaan cage dan aviary yang kotor, pemakanan yang tidak sempurna dan jangkitan berkaitan Aspergilloris iaitu wabak atau penyakit yang disebabkan oleh kulat atau fungus yang biasanya jarang terjadi kepada burung liar tetapi kerap menyerang burung didalam kurungan. Penyakit ini adalah penyakit berjangkit dan akan menyerang semua organ dalaman burung.
Pencegahan
- Air minuman burung hendaklah sentiasa bersih dan bebas pada bakteria berbahaya dan kulat. Cuba elakkan memberi burung anda minum air daripada sumber yang tinggi kadar klorin dan florida yang bukan sahaya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit dan rambut manusia malah ia juga menyebabkan sistem pernafasan burung terjejas.
- Jauhkan burung daripada kadaan yang berhabuk dan berdebu ataus najis-najis yang lama dan kering yang boleh menjadi tempat pembiakan fungus/kulat merbahaya.
- Yang paling penting sentiasa memberi burung anda Vitamin dan Vaksin, sebaik-baiknya ubat-ubatan organik yang bebas daripada toksik diamalkan.
- Makanan yang seimbang dan bersesuaian amat perlu dititik berat oleh pemilik. Pelbagaikan menu diet burung anda bagi memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan mereka semaksima mungkin.
Amalan Sihat Yang Perlu
Diamalkan
gambar
hiasan
Love Bird yang sihat, cergas, mata bersinar,
bulu yang cantik, tulang yang kuat, anak-anak yang sihat, telur yang berkualiti
adalah daripada penjagaan yang sempurna oleh kita sebagai pemilik. Penjagaan
yang sempurna dan beretika pasti akan memberi keselesaaan dan kesihatan yang
baik kepada burung kesayangan. Permakanan seimbang, kebersihan, kasih sayang,
penjagaan yang sempurna, rawatan dan vitamin tambahan amat penting bagi burung
kesayangan kita. Kita sebagai pemilik haruslah memastikan burung kesayangan
kita mendapat hak dan layanan yang terbaik. Jangan jadikan mereka hanya sekadar
penghibur dan hiasan semata-mata tetapi anggaplah mereka sebahagian daripada
keluarga dan dsebahagian daripada diri kita yang mana menjadi tanggungjawab dan
amanah daripada Allah untuk dijaga dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment