Assalamualaikum...
Selalu orang tanya saya apa
makanan yang saya berikan kepada Red Lory saya iaitu Nick dan Momo. So hari ini
saya nak beritahu apakah diet yang saya berikan kepada mereka setiap hari.
mix fresh fruits
Oleh kerana diet
spesis Lory adalah merupakan buah-buahan dan cecair seperti madu bunga atau
nektar bunga-bunga hutan di habitat liar mereka so saya cuba sebaik mungkin
mengekalkan diet asli mereka kepada Nick dan Momo. Apa yang saya buat adalah
saya sediakan beberapa jenis buah-buahan segar seperti epal merah, anggur, plum,
pisang atau apa-apa jenis buah-buahan segar yang manis (jangan gunakan
buah-buahan yang tinggi asidnya seperti citrus dan nenas) sebagai diet utama
mereka. Buah-buahn ini sama ada saya sediakan secara fresh begitu sahaja atau
pun saya potong kecil-kecil dan kisar dengan beberapa jenis makanan lain lagi
seperti madu, jus buah-buahan seperti anggur, strawberi, molus bersama dengan
fresh milk dan roti segar (biasanya saya guna gardenia).
Buah-buah tadi
saya satukan semuanya dan kisar menjadi halus seperti yogurt dan saya simpan
didalam botol untuk stok sehingga 2 minggu atau selagi bahan tadi masih lagi
elok dan tidak busuk (disimpan didalam peti ais). Saya akan beri Nick dan Momo
makan makanan yang saya kisar ini dalam kuantiti yang secukupnya dan suhu yang
diberikan haruslah pada suhu bilik iaitu saya biarkan makanan ni di luar pada
suhu bilik atau saya campurkan sedikit air panas untuk menghilangkan suhu sejuk
makanan ini (Lory tak akan makan makanan yg sejuk dan boleh menyebabkan
kematian).
Oleh kerana Lory
makan makanan berbentuk cecair, saya juga kadang memberikan mereka minum air
tebu fresh (bukan berais). Minuman jus dan yogurt buah-buahan seperti gambar di
atas juga sesuai diberikan kepada mereka. Nampak makanan yang saya berikan agak
tinggi kosnya tetapi anda silap kalau beranggapan begitu kerana sebotol atau
sekotak Yogurt Marigold Drink boleh jimat untuk 3 hari jika diberikan untuk
sepasang Lory atau 5 hari bagi seekor Lory. Yogurt ini juga bagus untuk perut
Lory sebab mempunyai kultur hidup yang bagus untuk bakteria baik didalam perut
mereka seperti manusia. Vitegen juga saya berikan kepada mereka sekali sekala.
Minuman Yogurt ini juga boleh diletak roti putih bagi menambahkan kualiti diet
mereka.
Dalam diet Nick
dan Momo saya cuba untuk pelbagaikan untuk mengelakkan mereka bosan. Nestum bayi
juga saya berikan kepada mereka dan yang laing bagus adalah Nestle Cerelec
Gandum & Madu. Nestum adalah pilihan mereka yang paling utama mengalahkan
diet-diet lain setakat ini dan tak pernah lagi setakat ini Nestum yang diberikan
kepada mereka berbaki atau membazir. Nestum ini kita hendaklah bancuh cair
dengan air masak atau fresh milk seperti susu tetapi jangan terlalu cair, biar
ia seakan-akan puding atau seakan-akan hot chocolate. Saya sarangkan anda
pemilik Lory mencuba Nestum ini sebagai diet mereka dan saya yakin anda tak akan
kecewa melihat selera dan pertambahan kesihatan mereka. Jangan bimbang mereka
menjadi gemuk kerana Lory saya tidak obes dengan diet ini malah mereka makin
sihat, cergas, active dan saiz badan mereka sangat ideal dan yang paling penting
bulu mereka makin sihat.
Oleh kerana bijirin bukan menjadi diet utama
Lory, saya tetap menyediakan kuaci untuk mereka. Tetapi kuaci atau bijirin lain
bukanlah menjadi pilihan utama mereka. satu mangkuk kuaci biasanya memakan masa
lebih 3 hari untuk dihabiskan oleh mereka. Kuaci hanya menjadi pilihan mereka
dikala ketiadaan makanan lain atau sekadar makanan ringan bagi mereka.
Ramai orang mengeluh dengan diet Lory yang
kononnya rumit dan cerewet. Bagi saya hanya satu sahaja , kalau minat mendalam
terhadap spesis Lory, diet mereka bukanlah menjadi halangan untuk memelihara
mereka. Jangan kedekut untuk mengeluarkan wang untuk menyediakan diet yang baik
untuk spesis Lory ini. Jika anda merasa "mahal" untuk memyediakan diet
mereka saya sarangkan anda peliharalah ayam kampung ataupun itik telur sahaja
kerana spesis ayam dan itik cukup hanya makan sisa-sisa makanan anda tetapi
tidak bagi spesis Lory malah apa-apa spesis Kakaktua sekali pun yang memerlukan
diet khas dan bagus untuk kesihatan mereka. Percayalah jika Lory anda sihat,
cergas dan pada tahap yang optimum anda akan berpuas hati dengan mereka bila
mereka berkicau dengan galaknya. Anda kena ingat "EXCLUSIVE PETFOR ELITE
PEOPLE" (pinjam kata-kata Kak Reen Kittunkatz Bengal http://www.yeng96.com/ ). So
saya harap perkongsian yang tidak seberapa ini akan sedikit sebanyak membantu
peminat-peminat spesis Lory untuk menyediakan diet Lory masing-masing.
perkongsian ilmu yg cukup baik dan sgt berguna utk peminat lory..khususnya org baru spt saya..tq
ReplyDeletesama-sama..tak rugi berkongsi ilmu :)
Deletesama2 Ibnu Abu Bakar....berkongsi pada minat yang satu
ReplyDelete