Wednesday 20 March 2013

My First Pair Agarponis




Jika Moly dan Poly adalah pair parrot saya yang pertama dari jenis Indian Ring Neck Parakeet, ini pula adalah pair Love Bird Lutino saya yang pertama sekali dalam minat mengumpul LB . Saya beli pair ini sewaktu usia dia dalam 4 bulan dengan harga RM600 (no nego price kata tuan breeder tersebut). Banyak kenangan saya dengan pair ini yang saya panggil "Honey Bee". Masa mula2 minat bela parrot dan mini parrot ni saya sendirian tak kenal sesiapa pun, cari sendiri dan beranikan diri untuk cuba bela dan cari breeder-breeder sekitar Dungun dan Terengganu. Saya beli dari seorang breeder lama di Dungun, walaupun mahal saya tetap beli sebab minat pada seni kecantikan burung LB Lutino ini terutama keunikan pada matanya yang berwarna merah. Bermula dari pair inilah saya mula kumpul sikit demi sikit baka LB saya sehinggalah sekarang.
Bela LB ni tak semudah membela budgies dan cockteil (dua lagi spesis mini parrot yang biasa dibela), LB ni mempunyai attitude tersendiri dan ramai saya perhatikan tak bertahan lama dalam minat terhadap LB berbanding budgies dan cockteil. Makin rare baka LB makin payahlah LB tersebut nak membiak. Biasanya induk yang pertama kali bertelur biasanya akan gagal menetaskan walaupun seekor anak dan saya sendiri telah mengalaminya apabila 3 pair LB Lutino saya hingga sekarang masih lagi memberikan anak walaupun induk telah dijaga rapi dan sihat. Biasanya induk LB terutama jenis Masked (Agarponis personatus) dan Fischer (Agarponis Fischery) akan mula menunjuk kan hasil yang positive pada telur yang kali ke-5 keatas atau lagi matang pair tersebut maka akan makin cerahlah hasil positive. Tapi ada juga mereka yang mana memperolehi hasil daripada hasil telur yang pertama tapi kebarangkaliannya adalah rendah.
Ada seorang breeder di tempat saya mengambil masa 2 tahun barulah mendapat hasil daripada induk yang dibreed dan dalam masa itu beliau hampir give up. Hasil usaha selama 2 tahun akhirnya berhasil dan memberi pulangan yang lumayan, ingat lagi sewaktu saya datang ziarahi beliau beliau baru sahaja memperolehi $2K dengan hanya menjual 4 pairs anak muda LB kepada pembeli dr Terengganu dan menurut beliau boleh dikatakan setiap bulan dia boleh mendapat pedapatan sampingan lebih $1K sebulan hasil jual anak-anak LB. Nah! terbukti yang minat memelihara LB ni boleh memberi pulangan lumayan jika kita berjaya breed mereka dengan jayanya. Tak ramai yang tahu berapa pendapat sebenar seorang breeder LB malah budgies dan cockteil yang berjaya setiap bulan, jangan terkejut jika pendapatan mereka kadang-kadang boleh mengatasi gaji seorang pegawai kerajaan Gred 41. Tapi untuk berjaya bukan mudah, mereka yang berjaya rata-rata adalah mereka yang berani mengambil risiko, berani membeli baka-baka yang bagus dengan harga yang mahal, selective dalam memilih mutasi burung, selective memilih pembeli, tak kedekut duit belanja makanan burung (bukan sekadar kasi skoi semata-mata), kuat semangat dan tak suka menipu pembeli. Saya suka dengan seorang breeder ini yang selalu pesan kepada saya, "Kita breed burung biar ada class, jaga harga standard kita orang nak atau tidak tak perlu risau sebab hanya orang yang pandai menilai burung sahaja akan beli burung pada harga yang ada class, biar burung mati di sangkar jangan burung mati ditangan orang yang tak tahu nilai burung, orang tak akan hargai burung yang murah tapi orang akan tatang burung bila dia tahu harga burung itu mahal"... Dengar pada apa yang di kata memang nampak macam sombong tapi ia akan jadi sombong bila dibaca oleh orang yang tak tahu menilai kualiti burung. Bila kualiti ada Insyaallah pembeli akan datang memcari kita dan tak perlu kita memcari pembeli :) .
Alhamdullialh makin lama saya dalam hobi ini makin ramai saya kenal breeder-breeder yang bagus seperti Abg Joe Dungun, Bahar Hassan,Austine Nicole Mat. Abang Joe Dungun paling banyak ajar saya pasal breed burung ni dan standard harga burung semasa. Bak kata orang makin jauh kita berjalan maka makin luas lah pandangan mata kita melihat sekeliling dan permainan dalam hobi ini. Jangan mudah give up dan jangan mudah mengeluh, "Biar burung mati jangan semangat mati" ini adalah kata-kata azimat dari Quek Mshiang yang pernah kata kepada saya sewaktu saya post cerita tentang seekor LB Lutino saya mati pada awal tahun ini. Kata-kata yang ringkas tapi bagi saya dalam maksudnya.





Yang hidup pasti akan mati bila tiba masanya, pair Honey Bee ini telah mati pada pertengahan tahun ini. Inilah dugaan yang perlu dihadapi oleh setiap peminat apa jenis haiwan kesayangan. Sebaik dan sebagus manapun haiwan kesayangan dijaga tapi mati hidup mereka bukan kita yang tentukan.... terasa sangat kehilangan pasangan ini kerana bermula dari merekalah saya menjadi peminat spesis comel Agarponis ini. Semangat tetap kuat walaupun koleksi Agarponis saya datang dan pergi.... burung akan datang dan pergi tapi semangat dan minat tak boleh dibiarkan mati.

No comments:

Post a Comment