Alhamdullilah Syukur kepada Allah Taala dengan
rezekinya pada penghujung tahun 2013 dengan menguniakan 8 ekor anak Love Bird
yang hasil di breed sendiri walaupun 2 daripadanya seekor Lutino Fischery,
seekor Blue Fischery telah mati.
Mereka di ambil untuk di handfeed sejak berusia
2 minggu dan ada yang semuda usia seminggu lagi kerana terpaksa memandangkan
musim tengkujuh yang menyebabkan banjir yang menenggelamkan aviary induk mereka.
Alhamdullilah dengan penjagaan yang rapi akhirnya 6 ekor iaitu 3 ekor
Black-Cheeked Agarponis dan 3 ekor Blue Fischery Agarponis dapat
membesar sampai hari ni. Kalau pada mulanya kesemua mereka tidak berbulu dan
botak tapi hari ini mereka semuanya dan mempunyai bulu pahat yang sihat dan
cantik.
Tiada nilai dan kata-kata bila dikurniakan
anak-anak Love Bird yang sihat waalafiat didepan mata, siang malam disuap
makanan formula Kaytee kepada mereka akhirnya berbalas dengan
melihat mereka membesar cergas. Seekor daripada anak Blue Fischery saya
mengalami kecacatan kaki dimana kakinya tidak dapat berfungsi sepertimana Love
Bird normal lain. Walaupun cacat dia cergas dan sihat, saya akan simpan dia
sebaik mungkin tanpa ada rasa pilih kasih sampai keakhir hayat dia.
Walaupun ramai yang berminat untuk membeli
anak-anak ini tetapi saya terpaksa tolak kerana mereka semua adalah untuk
simpanan saya buat masa ini. Mereka akan dijadikan pelapis pada generasi akan
datang. Mungkin saya akan lepaskan mereka jika ada yang berminat untuk tukar
sama suka dengan mutasi yang saya masih lagi tiada dalam koleksi, tapi untuk
menjual mereka mungkin tidak buat masa ini.
Alhamdullilah ke dua-dua induk anak-anak ini
sekarang tengah mengeram untuk batch seterusnya. Dalam koleksi 3 induk lagi
iaitu satu induk Blue Fischery, satu induk Olive Fischery dan satu induk ,
Olive Fischery + Double Yellow Factor Fischery akan bertelur tidak lama lagi
dan mungkin akan diikuti dengan 2 lagi pair yang berada didalam koleksi
saya.
Semoga Love Bird saya sentiasa sihat dan dapat
membiak dengan jayanya. Bagi yang telah BOOKING anak Love Bird saya
diharapkan bersabar kerana nama -nama anda tersimpan dalam waiting
list saya dengan eloknya.
No comments:
Post a Comment