Assalamualaikum....
Rainbow adalah adalah my 1st parrot daripada spesis lorikeet atau dalam bahasa
Melayu nya dipanggil Nuri Berkicau. Spesis ini banyak didapati dan hanya
dijumpai di habitat asalnya di Australia, Eastern Indonesia, Papua New Guinea,
New Caledonia, Solomon Islands and Vanuatu. Nama siantifiknya pula adalah
Trichoglossus haematodus. Spesis lorikeet ini memang menjadi idaman saya sejak
saya melihatnya di rumah Abang Joe di Dungun Terengganu dan sejak itu saya
berangan-angan untuk memiliki spesis ini sebagai salah satu koleksi saya.
Alhamdullilah pada Disember 2011 saya berjaya memperolehi seekor anak handfeed
rainbow lorikeet dari seorang breeder di Pulau Pinang dengan harga RM1250
(termasuk AP CITES). Pati ada orang tanya apa itu AP CITES. CITES membawa maksud
(the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and
Flora) is an international agreement between governments. Its aim is to ensure
that international trade in specimens of wild animals and plants does not
threaten their survival. Untuk memelihara spesis lorikeet kita memerlukan premit
daripada Jabatan Perhilitan yang mana hanya breder-breeder dan penjual yang
mempunyai permit kebenaran sahaja yang boleh menjalankan urusan import eksport
spesis terlindung ini menjadi satu kesalahan bagi sesiapa atau individu
menyimpan spesis lorikket ini tanpa permit yang sah daripada Jabatan Perhilitan
Malaysia. Ok kita lupakan pada premit semua itu sebab Blog Birds
Region ni bukan blog Perhilitan nak aku huraikan panjang lebar kan?.
Bagi mereka yang nak tahu tentang CITES korang bolehlah layari laman sesawang
mereka di http://www.cites.org/eng/disc/what.php . Aku namakan si comel ini
dengan nama Rainbow...sesuai sangat dengan warna bulu dia yang berwarna warni
dan berkilat cantik. Waktu sampai ke tangan aku umurnya dalam lingkungan 2 bulan
lebih dan masih lagi perlu di suap seperti baby kerana tidak pandai makan
sendiri. Anak burung ni tak macam anak ayam atau itik yang menetas jer terus
pandai makan sendiri. Menjadi satu kerja pula lah aku tiap-tiap pagi kena bangun
awal dan siapkan makanan Rainbow. Makanan spesis lorikeet ni special sikit, tak
seperti parrot lain yang hanya cukup makan bijirin dan buahan-buahan sahaja,
spesis lorikeet ni makanan dia berupa cecair seperti nektar bunga-bungan... tapi
aku tak adalah kasi sejambak bunga setiap hari kat Rainbow suruh dia isap
sendiri madu bunga-bungan tu hehheeeee... untuk diet Rainbow kau kasi fresh milk
yang aku campurkan dengan madu dan pisang yang dilecek-lecek atau kadang-kadang
aku blaber buah-buahan seperti anggur, mangga, prum dan buah-buahan lain
bersama-sama dengan telur. Penyediaan diet Rainbow nampak macam susah tapi
sebenarnya tak susah pun kalau dah memang minat dan sayang pada spesis lorikeet
nie dan nama pun haiwan kesayangan kan? kalau malas baik korang belalah ayam
kampung lagi mudah hehhheee... Sekali aku buat makanan Rainbow memang aku
siap-siap buat untuk stok seminggu dua...kalau tiap-tiap hari jenuhlah aku.
Sayang sangat aku pada
Rainbow ni sebab dia sangatlah active tak reti duduk diam n malam-malam dia
tidur dalam selimut yang aku berikan pada dia. Rainbow ni memang pandai
berinteraksi dengan aku, dia sangat suka kalau aku geletek dia dan dia juga
cukup suka dengan objek yang berbunyi seperti loceng dan bola.... kesana kemari
dia akan golek kan bola dan loceng yang aku belikan pada dia. Kelebihan spesis
lorikket ini ialah dia berkebolehan berkicau, tak seperti spesis parrot lain
yang hanya berbunyi kuat dan kadang-kadang merimaskan, spesis lorikeet ni memang
merdu kalau dia berkicau. Kicauan lorikeet seperti murai batu dan spesis-spesis
burung kicau yang lain dan tak hairanlah kalau di Indonesia burung ini diberi
nama burung Nuri Berkicau. Kicauannya lorikeet banyak dipengaruhii
dengan bunyi kicauan burung disekeliling nya. Kadang-kadang sengaja aku pasang
video kicauan burung murai batu untuk ditiru oleh Rainbow dan hasilnya tak
mengecewakan malah lagi kuat dan lagi banyak lagu yang berjaya ditiru oleh
Rainbow. Rainbow pernah accident dengan aku apabila kereta yang kami naiki
kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada bulan Disember tahun lepas. Mujurlah
kami tidak mengalami kecederaan teruk. Waktu tu Rainbow aku letak kan dalam beg
khas yang akan aku letak kan dia kemana sahaja kami pergi. Alhamdullilah
mujurlah beg pakaian aku tak menimpa beg yang mana Rainbow aku letakkan.
Rainbow pernah terbang
pergi sewaktu aku bawanya balik kampung, masa itu aku tak potong lagi bulu
pelepah sayapnya sebab sayang rasanya nak potong bulu pelepah dia. Masa dia
terbang pergi tu adalah pada waktu pagi musim banjir di rumah mak aku di Dungun,
cuak giler masa tu sebab dia terbang terus tak toleh dah ke belakang lagi....
Puas aku mencarinya dan puas aku memanggilnya lansung tidak menyahut. Waktu itu
aku dah pasrah dan memang aku dah redha yang aku akan kehilangan Rainbow buat
selama-lamanya. Dari pagi sampailah petang puas aku mencarinya dikawasan sekitar
rumah aku tapi Alhamdullilah akhirnya Rainbow dijumpai duduk diatas anak pokok
getah di sebelah tanah mak aku, mujurlah anak pokok getah tu tak tinggi kalaulah
kena pokok getah yang dah tua mahu menangis aku nak ambilnya. Mujurlah adik aku
panjat dan ambil Rainbow di atas pokok getah tu kalau tak nampaknya menangislah
aku. Terus bawa balik rumah dan terus aku taruk Rainbow dalam sangkar. Balik
Kuala Lumpur terus aku potong bulu pelepah sayap Ranbow sebagai upah terbang
lari. Memelihara spesis lorikeet ni kena sabar...sabar sebab diet dia tak
seperti spesis parrot lain dan dia pun jenis berak pancut, makan bersepah
dan perlukan perhatian yang lebih...tapi percayalah spesis lorikeet adalah
spesis yang paling best untuk dijadikan kawan kerana sifatnya yang active dan
pandai berinteraksi dengan semua orang... Kalau korang berkira dengan kos diet
spesis ini baik kamu lupakan sahaja untuk memelihara spesis ini kerana akan
menjadi satu bebanan buat korang... Tak semestinya orang yang boleh memelihara
spesis parrot lain boleh dan tahan memeilihara spesis lorikeet ini...tapi bagi
aku spesis lorikeet adalah TERBAIK. Oklah penat dah aku menulis...lain kali aku
tulis lagi tentang yang lain pula....
No comments:
Post a Comment