Alhamdullilah akhirnya
berjaya juga aku memiliki mutasi yang agak jarang diperolehi di Malaysia ini
iaitu mutasi Double Dark Pastel Mauve Personatus Fischery.Saya perolehi
mutasi ini melaui seorang breeder dari Pulau Pinang. Pertama kali melihat
mutasi ini saya terus jatuh cinta dan tanpa banyak fikir terus membelinya
sebagai koleksi istimewa. Istimewanya mutasi ini ialah warnanya yang adak gelap
berbanding yang biasa ditemui yang mana agak cerah warna Pastel nya. Jika
diperhatikan warna dada mutasi ini secara "live" adalah berwarna
silver. Waktu sampai ditangan saya, usia burung ini adalah dalam lingkungan 3-4
bulan.
Alhamdullaih setakat
hari ini, pasangan ini dah berusia 7 bulan. Tak sabar tunggu mereka bersalin
bulu dewasa sebab bulu anak masih kelihatan tidak cantik dan kemas. Badan mutasi
ini agak besar berbanding yang lain-lain dan Alhamdullilah sihat waalafiat
:)setakat ini.
Harap pasangan ini
akan menjadi induk yang subur pada akan datang dan menjadi salah satu induk yang
terbaik dalam simpanan My Birds Region....
No comments:
Post a Comment