Syukur Alhamdullilah pada bulan Febuari ini 3
pairs induk LoveBird iaitu dua induk Fischeri dan satu induk Masked telah
bertelur dan mengeram. Menjadi kepuasan apabila induk yang disayang dan
dipelihara sejak kecil telah menjadi induk buat pertama kalinya dalam kitaran
hidup mereka.
Berkat kesabaran terhadap minat ini akhirnya
terbalas apabila membuka nestbox mereka dan melihat telur-telur mereka yang
kecil dan putih sedang dieram oleh induk betina. Membiak LoveBird bukan mudah,
ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Pernah seorang kawan yang memakan masa 2
tahun untuk membiakan LoveBird dan beliau give up kerana terlalu mengharapkan
LoveBird beliau membiak. Alhamdullilah saya hanya mengambil masa dalam setahun
untuk membiak LoveBird setelah beberapa kali gagal.
Alhamdullilah
induk pertama Masked/Personatus saya telah bertelur pada 25 Feb lepas. Induk
betina adalah DD Pastel Mauve yang saya pasangkan dengan induk jantan
Wildgreen/Collared. Pair ini saya satukan pada awal bulan Januari lepas dengan
cara saya lepaskan mereka dengan 2 ekor lagi induk matang Masked/Personatus
didalam simpanan saya untuk membolehkan mereka memilih sendiri pasangan mereka
dan hasilnya pasangan ini telah mengambil masa untuk menjadi bonding pair hanya
dalam masa 2 hari sahaja.
Satu sifat
LoveBird dalam proses pembiakan mereka ialah mereka akan cepat membiak jika
pasangan itu adalah pasangan pilihan mereka sendiri berbanding pasangan yang
ditentukan oleh pemilik mereka. Ketiga-tiga pair ini adalah pair yang telah
bonding dengan cara semulajadi tanpa ditentukan oleh saya dan memang terbukti
mereka hanya mengambil masa tidak lebih 2 bulan untuk mula bertelur.
Dua pasang induk LoveBird saya daripada mutasi
Fischery juga telah mula mengeram dalam jumlah telur 5 biji setiap pasangan dan
dijangka akan mula menetas pada awal bulan Mac nanti. Kedua-dua induk ini saya
lepaskan didalam aviary yang berukuran 4x5x6 bersama-sama dengan satu lagi
pasangan induk Blue Fischery yang baru sahaja minggu ini menetaskan 4 ekor
anak.
Induk pertama yang bertelur adalah induk Double
Factor Yellow yang berpasangan dengan Dark Green dan satu lagi pasangan ialah
Double Factor Yellow yang berpasangan dengan Sable Blue Pastel.
Rasa tak sabar untuk menantikan anak-anak
mereka yang bakal menetas nanti dan induk-induk lain yang berada dalam koleksi
saya akan mula bertelur pada masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment