Nick adalah
Warrior dalam geng-geng Birds Region. Nick adalah spesis Red Lory (Eos bornea or
Eos rubra)dalam keluarga Psittaculidae yang amat aku sayang. Nick adalah pet aku
yang paling rapat dan manja. Spesis Red Lory berasal dari kepulauan Indonesia
terutama di Kepulauan Maluku atau orang putih panggil Moluccas Island. Bagi aku
Nick dan spesis Lory ini amat istimewa sekali. Nick dan Rainbow (Rainbow Lory
aku ) adalah dalam keluarga yang sama cuma subspecies yang berlainan sahaja.
Diet spesis Lory adalah sama yang mana buah-buahan dan nektar bunga menjadi
pilihan mereka.
Nick akan ikut
kemana sahaja aku pergi, baik ke waterfall,jeram,balik kampung semuanya dia akan
ikut kecuali ke office jer dia tak ikut sebab dia buta IT hehheheee... Nick ni
dia ada attitude sendiri... Mood dia kadang-kadang okay kadang-kadang nak jer
aku duku dia laju-laju. Adakala cukup manja dia ni dan ada kala cukup moody n
sombong...perangai Nick kena banyak sabar. Kalau dia buat perangai moody dia nak
menangis dibuatnya sebab sungguh menguji kesabaran aku...tapi kadang-kadang aku
kasi juga upah ketuk kepala sebab tak tahan ngan perangai dia ni... Manja spesis
Lory ni sama seperti manja seekor kucing dan anjing dengan tuan nya. Spesis
parrot ni pandai berinteraksi dengan tuan nya. Alhamdullilah Nick cepat mesra
dengan semua oarang yang dia boleh percayai...tapi Nick anti perempuan entah
mengapa pun tak tahu. Biasanya Nick akan gigit sesiapa yang first time mahu
memegangnya, mungkin untuk diuji kot hehhehee... Kalau tahan digigit oleh Nick
maka Nick akan baik dengan orang tu.
Walaupun Nick ada
attitude yang mengjengkelkan tetapi dia ada angle side yang buat aku sentiasa
rindu untuk bermain-main dengan nya...kalau mood dia okay dia suka kiss...bila
dia kiss maknanya dia dalam mood yang paling stabil. Mungkin hormon dalam badan
yang membuatkan dia jadi moody dan mungkin juga sebab Nick kesunyian tiada
pasangan hidup. Kalau ikutkan usia Nick...Nick sudah bersedia untuk mempunyai
pasangan hidup untuk membiak...Insyaallah Januari 2013 akan aku usahakan untuk
mencari pasangan hidup untuk Nick tapi sebelum itu Nick perlu menjalani ujian
DNA untuk mengenal pasti jantinanya terlebih dahulu. Kalau dah jumpa pasangan
yang sesuai untuk Nick mungkin tahun depan Nick akan memperolehi anaknya
sendiri. Cage untuk breeding sudah aku beli cuma tunggu cukup wang sahaja untuk
memperolehi pasangan Nick.
Nick suka
berkicau, dalam sehari tak pernah dia diam kecuali waktu dia tidur... Kalau Nick
diam itu akan merisaukan aku...kerana kalau Nick tetiba diam dan tak selincah
biasa itu bermakna Nick sakit, so bila Nick bising berkicau aku tak perlu
bimbang tentang dia. Nick ni suka sangat mandi pantang taruk air dalam bekas
mandi dia maka cepatlah dia terjun dalam bekas mandi dia tu. Spesis Lory ni ada
bau sikit...bau hamis seakan-akan kambing jantan, so untuk hilangkan bau hamis
tu aku akan spray Nick dengan pewangin untuk pets, kalau tak spray maka jawabnya
tak adalah orang mahu pegang Nick. Yang istimewanya Nick ini adalah aku tak
perlu "wing clip" atau potong bulu pelepah sayap dia. Dia tak akan lari
terbang...itulah yang istimewanya Nick pada kau yang mungkin tak ramai pemilik
parrot mempunyai parrot sejinak Nick.
Spesis Lory adalah
spesis yang active. So dalam cage Nick aku sediakan pelbagai toys untuk dia
untuk mengelakkan dia jadi boring. Nick paling suka object yang bulat dan
berbunyi.... So aku letak kan bola berloceng untuk dia...sesekali kalau dilihat
gelagat Nick bermain tak ubah seperti kanak-kanak berusia 3 tahun...siap baring
tu main bola loceng dia. Satu lagi tabiat Nick adalah sifat dia yang suka
explore apa sahaja yang baru di dalam cage dia, pasti dia akan sentuh benda itu
dengan sifat yang ingin tahu yang mendalam... Nick bukan sekadar haiwan
kesayangan aku, malah lebih dari itu...Nick adalah penyeri hidup akau
termasuklah yang lain-lain dalam Birds Region... Nilai kasih sayang antara kami
tiada harganya dan hanya mereka yang mempunyai haiwan kesayangan sahaja yang
tahu kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan kesayangan mereka yang bezanya
hanya pada akal
No comments:
Post a Comment