Sebagai seorang pembiak baka terutama bagi
mereka yang baru cuba berjinak-jinak dengan membiak Love Bird yang bermutu
bukanlah perkara yang boleh dikatakan mudah. Ini kerana, membiak baka Love Bird
yang bermutu memerlukan kesabaran serta ilmu tentang tabiat, kehendak Love Bird
ketika proses membiak, pemilihan baka dan yang penting sekali ialah waktu yang
paling sesuai untuk melakukan proses ini. Ramai yang berputus asa dengan usaha
untuk membiakkan Love Bird oleh kerana hasil yang diharapkan tidak tercapai.
Kegagalan mungkin kerana kurangnya ilmu tentang perkara ini dan teknik yang
digunakan adalah tidak bersesuaian.
Sebagai seorang peminat Love Bird dan pembiak
baka Love Bird yang baru, suka untuk saya berkongsi ilmu bersama tentang
perkara-perkara asas yang penting dalam proses membiak baka Love Bird.
Perkongsian ilmu ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan dari
pembacaan saya daripada buku-buku dan laman-laman web di Internet. Disini saya
akan kongsikan bersama-sama dengan anda tentang perkara-perkara asas yang perlu
kita tahu dalam proses membiak baka Love Bird.
KESIHATAN
Untuk berjaya dalam membiak baka Love Bird,
anada perlulah memastikan Love Bird yang dipilih untuk dibiakkan dalam kaadaan
kondisi yang sihat, normal dan berusia anatar satu tahun hingga 5 tahun. Burung
yang tidak sihat, tidak normal dan berusia terlalu muda atau terlalu tua tidak
akan membiak dengan jayanya dan merugikan masa dan kos anda.
KOTAK SARANG
/ NEST BOX
Seperti sedia maklum, Love Bird memerlukan
kotak sarang atau nest box untuk bertelur. saiz kotak yang bersesuai
untuk Love Bird adalah 12"x12"x12" , nest box tidak perlu terlalu
besar dan tidak pula terlalu kecil memandangkan saiz Love Bird yang bersaiz
antara 3 hingga 4 inci sahaja. Bahan-bahan seperti rumput, ranting halus, hampas
tongkol jagung, habuk kayu hamster (bedding) dan lain-lain bahan yang
bersesuaian harus disediakan. Bahan-bahan ini akan digunakan oleh induk Love
Bird untuk membina sarang didalam nest box yang disediakan dan ia juga
penting bagi merangsang naluri induk Love Bird untuk membiak dan juga merupakan
bahan yang penting bagi mengawal suhu yang diperlukan oleh induk Love Bird dalam
proses pengeraman telur.
NUTRISI YANG
DIPERLUKAN
Love Bird merupakan burung yang memerlukan diet
yang pelbagai. Diet Love Bird yang perlu disediakan mestilah terdiri daripada
pelbagai bijirin seperti skoi/millet, canary seed, gandum, barli, kacang hijau
(sebaiknya direndam semalaman untuk melembutkannya) dan bijirin lain yang
disukai oleh mereka bagi membekalkan keperluan protein dan kabohidrat .
Buah-buahan segar dan sayuran seperti saderi, lobak merah, kobis,
mix-vegis juga harus disediakan bagi menampung keperluan vitamin mereka.
Kalsium yang berbentuk blok dan tulang sotong juga perlu disediakan bagi
membekalkan keperluan kalsium terutama pada induk betina yang sedang bertelur
dan yang telah selesai bertelur bagi proses recovery .
BERTELUR
Induk betina Love Bird biasanya akan mula
bertelur pada hari ke-5 hingga hari ke-12 selepas mengawan. Biasanya induk
betina akan bertelur selang satu hari bagi setiap telur. Induk Love Bird
biasanya akan bertelur dalam 3 hingga 7 biji dan mula mengeram pada hari telur
pertama dihasilkan.
MASA
MENGERAM
Kebiasaannya induk betina Love Bird akan
mengeram selama 23 hari dan hanya induk betina sahaja yang akan mengeram, tetapi
ada sesetengah kes kedua-dua induk akan bergilir-gilir mengeram. Pengiraan
tempoh pengeraman adalah pada hari telur pertama dihasilkan. Kelembapan dan
kekeringan didalam sarang memainkan peranan yang penting bagi memastika telur
yang dihasilkan dapat menghasilkan pertumbuhan embrio anak Love Bird yang
sihat.
MENETAS DAN
PENJAGAAN
Dalam banyak kes dan kebiasaanya telur Love
Bird yang dieram tidak akan menetas serentak pada hari yang sama kesemua telur
(berbenih). Biasanya anak yang ditetaskan adalah pada hari yang berlainan dan
dalam banyak kes, beza usia anak pertama yang ditetaskan dengan anak yang paling
akhir boleh menjangkau 7 hari atau lebih. Jangan terburu-buru mengasingkan telur
yang berbenih daripada induk jika usia anak pertama telah berusia seminggu lebih
kerana dikuatiri telur yang diasingkan itu belum cukup tempoh untuk menetas.
Telur yang tidak mendapat suhu kepanasan yang mengcukupi akan mengakibatkan anak
didalam mati kesejukan.
Dalam masa ini, induk memerlukan nutrisi yang
banyak bagi menampung keperluan anak yang akan disuap. Induk jantan dan betina
akan bergilir-gilir menyuap anak-anak mereka sehingga berusia 2 bualn pada
kebiasaannya. Menjadi kemestian bagi kita mengediakan diet yang kaya dengan
protein, kabohidrat dan vitamin kepada induk Love Bird pada waktu "feeding"
ini. Kekurangan protein, kabohidrat dan vitamin dalam diet anak-anak Love
Bird boleh menyebabkan kadar pembesaran mereka terbantut, masalah penghadaman,
masalah usus dan juga boleh menyebabkan kematian kepada anak-anak Love
Bird.
Kebiasaaannya roti putih dan jagung segar yang
disapu dengan Kod Liver Oil (boleh didapati di petshop yang
menjual barangan keperluan anjing dan kucing) diberikan kepada induk sewaktu
proses "feeding" bagi membekalkan protein, kabohidrat dan vitamin-vitamin
penting dalam proses pembesaran anak-anak Love Bird.