Monday 7 April 2014

My pair, SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery vs Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Sable Fischery





Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog Moriz's Birds Region ni sebab tak ada apa nak diceritakan...
Ok hari ni nak cerita pasal 2 anak saya ni yang dalam kategori Pied iaitu satu nya SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery (male) dan Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Sable Fischery (female) yang baru sahaja dalam sebulan lebih saya pair kan untuk tujuan breeding.

Kedua-dua mereka di import oleh sahabat saya dari Bangkok yang pada mulanya adalah untuk beliau sendiri breed tetapi saya memujuk beliau untuk jualkan kepada saya. Alhamdullilah beliau setuju untuk menjualkan kepada saya.



 

Sudah lama sebenarnya saya mengidamkan memiliki baka Pied ini cuma tidak berkesempatan dan Alhamdullilah akhir saya dapat juga untuk tujuan breed. Baka Pied ini memang menjadi kegilaan peminat LB baik di Malaysia mahupun di negara luar. Harga baka Pied tidaklah murah dan harganya juga ditentukan oleh warna dominant yang dimiliki dan symmetry (keseimbangan warna antara kanan dan kiri) warna pada badan Lovebird tersebut. Bukan semua baka Pied memiliki symmetry yang cantik jadi sebagai pembeli anda haruslah bijak memilih dan menilai baka pied yang anda ingin miliki dan lagi bagus jika anda study terlebih dahulu tentang mutasi Pied ini supaya anda berpuas hati kemudian hari.

SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery 

Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Fischery

Alhamdullilah hanya satu hari sahaja kedua dua Pied saya ini telah bonding hinggalah ke hari ini. Alhamdullilah induk betina telah menunjukkan kelakuan ingin bertelur dengan sentiasa berada di dalam nestbox dan membaiki bedding di dalam nestbox seperti kelakuan induk yang sudah bersedia untuk bertelur. Cuma masalahnya kini adalah  induk jantan masih lagi agak muda untuk jadi pejantan. Saya tidak terlalu mengharapkan mereka bertelur secepat mungkin cukuplah mereka sihat dan bersedia untuk bertelur dengan sendirinya.

Semoga pasangan ini menjadi baka bagi Moriz" Aviary. Saya kini dalam merancang untuk mempertingkatkan baka Lovebird saya untuk kepuasan diri sendiri. Saya sangat sangat berharap peminat Lovebird di Malaysia akan ada persatuan di setiap negeri ataupun bahagian masing-masing untuk memajukan minat ini bersama. 

Thursday 20 February 2014

My Next Breeding Project...Wild Green Personatus X Blue Personatus



Projek terbaru adalah projek untuk breed kan pasangan ini.
Alhamdullilah setelah lama mencari induk betina yang sesuai untuk di pasangkan dengan induk jantan Wild Green akhirnya saya dapat juga. Saya beli induk betina ini dengan sahabat saya Khairuddin. Induk yang kira saya telah berusia setahun lebih dan sudah bersedia untuk menjadi induk.





Alhamdullilah setelah dua minggu lebih deletakkan di dalam cage yang sama akhirnya mereka telah bonding. Induk jantan Wild Green ini memang payah untuk bonding dengan mana-mana induk betina. Melihat mereka bonding dan bersuap-suap makanan sudah cukup buat saya gembira. Insyaallah anak yang bakal dihasilkan pasti akan lebih berkualiti daripada anak-anak yang lepas sewaktu induk Wild Green ini saya pasangkan dengan induk DD Pastel Mauve. Harap warna dan mask anak pasangan ini akan lebih berkualiti dan lebih cantik daripada induk mereka sendiri.




Tak sabar untuk tunggu pada offspring nanti...semoga projek ini berjaya :)..Aminnn...


Sunday 12 January 2014

Green-Naped Lorikeet

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak update blog minat saya ini untuk perkongsian dengan pembaca semua oleh kerana kesibukan kerja dan ditambah dengan ketiadaan idea dan bahan untuk ditulis. Hari ini terasa rajin pula untuk update blog saya ini.

Oklah, hari ini saya ingin menceritakan sedikit perkongsian minat dan koleksi terbaru saya iaitu Green-Naped Lorikeet atau nama saintifiknya T. H. Haematodus. Green-Naped Lorikeet ini saya namakan "MAS" sebab senang dipanggil dan mudah diingati oleh ahli keluarga saya. Dibeli ketika berusia 2 bulan daripada breeder yang juga kawan baik saya iaitu Abang Joe.







Tidak sukar memelihara spesis Lorikeet ini sepertimana yang pernah saya ceritakan bagaimana rutin dan diet mereka didalam pages Red Lorikeet saya. Sewaktu kecil diet mereka ialah saya hanya gunakan nestum bayi yang telah dicampur dengan madu. Bancuhan adalah sedikit cair kerana sifat spesis Lorikeet yang memakan cecair dan buah-buahan. Kami hanya suap mereka lebih kurang sebulan lebih sebelum mereka boleh makan dengan sendiri.

Setiap hari nestum tetap diberikan kepada mereka sebagai diet utama dan manakala bijirin serta buah-buahan adalah diet sampingan mereka. Lorikeet bukan jenis pemakan bijirin jadi sebagai pemilik kita haruslah pastikan bua-buahan sentiasa ada dan makanan gantian seperti nestum, susu dan madu haruslah diberikan mereka dengan cara bancuh ketiga-tiga bahan ini sekali. Nestum yang hanya dibancuh dengan air suam juga sudah memandai bagi mereka.


























Buat masa ini warna bulu mereka masih lagi "bulu anak" yang mana ia masih lagi tidak menyelah dan bersinar seperti mana warna burung yang dewasa. Bulu mereka akan menjadi lagi cantik dan "garang" bila mereka matang di usia 2 tahun lebih. Rasa tidak sabar untuk melihat mereka dewasa dengan warna yang menarik serta bentuk badan yang lagi solid dan padat.

Kelebihan Green-Naped Lorikeet adalah sama dengan spesis Lorikeet yang lain. Mereka aktif dan suka bermain. Selain warna mereka yang amat menarik dan berwarna warni, spesis Lorikeet juga terkenal dengan keasyikan siulannya seperti "song bird" dengan pelbagai gaya siulan yang ditiru daripada burung-burung lain serta bunyi-bunyi yang biasa mereka dengari disekitar mereka.

Bagi saya spesis Lorikeet ini amat sesuai dijadikan penyeri di dalam aviary yang dibina dihalaman rumah kerana kita tak akan terasa sunyi dengan bunyi riuh rendah mereka.

Gambar di bawah adalah gambar contoh Green-Naped Lorikeet yang telah matang yang saya ambil dari sumber internet


Monday 11 November 2013

My Sunconure Nicky and Nini






Ini adalah pair Sunconure pertama saya Nicky dan Nini yang saya beli daripada salah seorang breeder di Dungin. Kini sudah berusia setahun setengah. Saya ambil sewaktu berusia sebulan lebih daripada tuan asal.

Warna bululuh makin lama makin terserlah dan masih lagi belum betul-betul matang warnanya..Insyaallah akan datang atau mungkin di usia dua tahun barulah bulunya betul-betul cantik.

My pair of White Bulls and Yellow Bulls Fischery





Yellow Bulls (cock) ini saya namakan Kuning dan merupakan anak yang di hand feeding sewaktu kecil  


White Bull (hen) ini saya namakan Puteh dan juga merupakan anak yang di hand feeding sewaktu kecil. Amat garang di waktu bertelur dan mengeram


Pair ini saya pasangkan kembali pada awal bulan September 2013 setelah beberapa kali cubaan untuk pasangkan mereka gagal. Alhamdullilah akhirnya mereka berjaya juga disatukan dan syukur pada akhir September pasangan ini telah bertelur 4 biji tetapi sayang kerana hanya satu sahaja yang mempunyai benih tetapi mati didalam telur. Rezeki belum lagi ada dengan pasangan ini dan Insyaallah akan datang pasti akan memberikan hasil.