Tuesday 30 December 2014

Tak semua orang layak digelar Breeder



Teruja bila membaca kisah tentang BREEDER luar negara dalam breed baka unggul haiwan peliharaan mereka tidak kiralah haiwan untuk livestock mahupun haiwan kesayangan. Kagum membaca kisah BREEDER Kambing Boer pertama Austalia yang bersungguh sungguh membuat biak baka Boer mereka. Travel ke South Africa mendapatkan embrio Boer terpilih dan bawa pulang ke Australia. Membawa pulang embrio bukan perkara yang mudah, banyak birokrasi yang perlu mereka laului baik dari pihak South Africa dan dari pihak Austalia sendiri. Tetapi dengan keazaman dan kesungguhan mereka ingin membiak baka Boer di Austalia akhirnya mereka berjaya membiak Boer pertama mereka. 

Titik tolak dari saat itu, mereka berusaha pula mencipta bloodline Boer mereka sendiri yang berkualiti tinggi. Bukan masa setahun dua yang mereka laburkan tetapi berbelas tahun mereka berusaha mempertingkatkan mutu bloodline mereka sehingga kini terkenal di seluruh dunia dan bloodline mereka menjadi idaman para penternak Boer.


Begitu juga dengan kisah BREEDER LOVEBIRD  di luar negara terutama di Europe yang sangat komited dalam menjadi breeder yang berjaya dan beretika. Persatuan meeka amat menitik beratkan kualiti Lovebird ahli persatuan mereka.


Apa yang masih tiada pada peminat Lovebird negara kita adalah kesanggupan untuk mengikuti peraturan dan etika untuk menjadi seorang Breeder. Ramai antara kita yang sekadar breed Lovebird tanpa ilmu dan yang paling parah adalah tidak mengikut etika moral dalam membiak lovebird. Amat sedih masih ramai lagi yang mengahwinkan Masked Lovebird dengan Fischer Lovebird, Agarponis Roseicollis dengan Fischery/Masked sebagainya hingga melahirkan anak-anak lovebird hybrid. Anak Hybrid amat tidak berkualiti bagi pendapat semua persatuan Lovebird di dunia ini dan mereka yang membiak anak hybrid di gelar TIDAK BERETIKA dan PEROSAK BAKA.


Ramai yang berlumba membeli burung yang dah "SIAP" dan memdabik dada kerana mampu memiliki Lovebird yang cantik walaupun ilmu tentang Lovebird sangat teruk. Masih bangga menggelarkan diri sebagai Breeder sedangkan ilmu tentang warna dan mutasi Lovebird pun masih teraba-raba dan kurang pasti. Masing-masing cuba menjadi jaguh membeli Lovebird 'SIAP" ini dan lagi bangga jika mampu beli Lovebird "SIAP" ini dengan harga yang melampau tinggi.


Breeder sejati akan bangga dengan bloodline sendiri. Breeder yang berjaya akan breed Lovebird yang berkualiti bukan dalam masa setahun dua tetapi lebih daripada itu. Mereka tidak biak Lovebird mereka setahun sehingga 4 5 kali tanpa pemantauan dan kawalan. Breeder yang beretika hanya biak Lovebird mereka setahun 2 3 kali setahun sahaja itupun dengan membuat selective baka yang hanya bermutu untuk dibiakan sahaja untuk menjaga kualiti bloodline mereka.


Seorang Breeder mesti mempunyai ilmu yang banyak terhadapa apa yang mereka biakkan. Mereka tahu kualiti dan jenis warna, mutasi, keturunan, kualiti baka, sifir dan sifat Lovebird. Ilmu yang mereka ada membolehkan seorang breeder membuat perancangan yang tepat dalam menghasilkan generasi anak Lovebird yang berkualiti tinggi. Cakap sahaja apa warna yang mereka mahukan pasti mereka akan berjaya mendapatkannya dengan sifir yang tepat dalam selective induk terbaik mereka ada dan yang sepatutnya bagi menghasilkan generasi anak Lovebird yang mereka inginkan. Tanpa ilmu asas/basic ini semua kita tak akan kemana, kita akan menjadi jaguh beli dan jual sahaja daripada hasil reject backyard breeder luar.  


Harapan suatu hari nanti akan ada breeder yang hebat dari negara kita. Semua orang boleh jadi biak Lovebird kerana memang sifat dan lumrah mereka untuk membiak jika terdapat pasangan jantan dan betina serta cukup makan dan minum tetapi tak semua orang boleh menjadi BREEDER baka berkualiti. Tengok pada cermin diri sendiri, aku merasakan aku masih lagi jauh ketinggallan untuk layak menjadi seorang BREEDER.

MAS, MY PAIR GREEN-NAPED LORIES



Alhamdullilah dah setahun lebih usia MAS aku, sihat bugar dan makin cantik sekarang ni dengan dada makin merah dan warna bulu makin menyerlah terangnya.

Harap MAS akan panjang umur dan dapat matang dengan sempurna serta akan membiak suatu hari nanti.