Monday 13 May 2013

April Offspring

Alhamdullilah, April lepas 2  pairs Love Bird aku yang mana satu pair Agarponis dan satu pair Personatus telah berjaya menetaskan anak-anak yang sihat dan cantik-cantik semuanya. Pengalaman mendapat anak Love Bird hasil breed sendiri adalah kepuasan yang tidak boleh diucapkan dengan kata-kata dan hanya kesyukuran sahaja yang boleh diucapkan. Untuk makluman aku tidak mempunyai pair induk Love Bird yang banyak seperti orang lain tetapi Alhamdullilah rezeki yang diberikan olehNya amat disyukuri. Memang target aku yang hanya mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Tiada guna breed Love Bird dalam kuantiti yang besar tetapi hubungan istimewa antara pemilik dengan Love Bird tiada.



Induk Wild Green Personatus + Double Dark Pastel Mauve Personatus.

First induk yang bertelur dan menetaskan anak adalah daripada induk Wild Green Personatus + Double Dark Pastel Mauve Personatus yang aku pair pada bulan February lepas dan awal bulan Mac induk ini mula bertelur dan awal April anak pertama telah berjaya ditetaskan. Aku bangga dengan induk betina Double Dark Pastel Mauve yang aku namakan Marky dan induk jantan Wild Green yang aku namakan Zorro ini kerana ini adalah telur pertama dia dan dia sendiri aku besarkan dengan menyuapnya sewaktu masih kecil. Marky bertelur 4 biji kesemuanya tetapi hanya 3 biji yang berjaya ditetaskan.


Telur batch pertama marky yang kesemuanya 4 biji dan anak marky 3 ekor yang berjaya ditetaskan ketika berusia 3 hari



 Anak Marky dan Zorro ketika berusia satu minggu


 Anak Marky dan Zorro ketika berusia dua minggu dan 3 minggu





Ketika berusia 4 dan 5 minggu

Kesemua anak Marky dan Zorro adalah Dark Green dan agak patchy pada mask dan collared  pada semua anak-anak ini kerana masih lagi anak muda.  Kini perubahan pada mask dan collared mereka makin jelas dan makin terang warna kuningnya dan hitam pada mask mereka. Aku harap Mask dan Collared mereka akan lagi cantik selepas meluruh bulu anak nanti. Mengikut pandangan kasar 2 daripada mereka adalah jantan dan itu yang aku harapkan.




Induk Pastel Blue (Sable) Fischery + Double Yellow Fischery


Induk kedua yang berjaya menetaskan anak adalah Induk Pastel Blue (Sable) Fischery + Double Yellow Fischery. Induk ini aku pairing pada bulan Mac dan Alhamdullilah bulan April mereka dah berjaya menghasilkan anak walaupun batch telur pertama mereka pada awal Mac tidak menjadi. Sable jantan ini aku panggil panggil Biru dan DY pula aku panggil Zebra sebab masa dia kecil dia berbelang hijau tetapi setelah meluruh untuk kali kedua belang hijau telah hilang. Apa yang aku suka dengan induk ini ialah mereka tidak kisah jika aku usik telur mereka sewaktu mereka mengeram dan ini sama sifatnya yang boleh mempercayai aku seperti mana induk-induk lain dalam simpanan saya. Mereka berjaya tetaskan 2 ekor anak daripada 3 biji telur yang dihasilkan



Yang Special ialah, induk ini menetaskan anak seperti warna mereka iaitu seekor Rubino dan seekor Pastel Blue Sable. Rubino adalah Love Bird yang berwarna kuning tetapi mempunyai iris mata berwarna merah tetapi warna mata adalah hijau ruby. Ini adalah anak pertama Zebra.


Induk ini aku kira induk yang bagus kerana ketika anak mereka diambil kondisi anak adalah dalam kaadaan montel dan bersih tanpa ada kotoran pada paruh dan bulu anak. Bermakna induk ini pandai menjaga anak  dan kebersihan anak-anak mereka. Anak yang dibesarkan oleh induk yang bagus boleh dilihat pada gebunya bulu kapas pada anak-anak mereka dan jika sebaliknya bermakna induk kurang mahir dalam membesarkan anak-anak mereka.





 Mengikut pandangan kasar anak Rubino adalah betina manakala anak Pastel Blue Sable adalah jantan.

Kesemua anak-anak ini telah aku pakaikan Legband RIZ001-RIZ004... Sayang sekali Rubino aku tak dapat meakainkannya Legband kerana kakinya telah besar dan tak muat untuk disarungkan Legband. So sebagai ganti aku pakaikannya dengan cincin perak biasa.

Alhamdullilah setelah 2 tahun cuba untuk breed baka Love Bird terpilih akhirnya terbalas dengan kelahiran anak-anak Love Bird yang comel dan sihat. Semoga pada bulan Jun nanti ada baby Love Bird yang menetas lagi daripad induk-induk lain dan induk ini sekali.... Amin