Wednesday 17 April 2013

Mari belajar Sifir untuk hasilkan anak Agarponis Personatus yang dihajati...


Dalam Agarponis Personatus kita mempunyai 3 jenis mutasi Blue. Pertama, Blue yang tanpa Dark Factor  (faktor gelap/warna gelap) atau dikenali Single Factor (SF) . Kedua, Colbart atau iaitu burung yang mempunyai satu Dark Factor (faktor gelap/warna gelap) Dark Factor (D) dan yang Ketiga ialah Ungu/Violet muda dengan dua dark factor (DD Factor). Dark Factor adalah ciri-ciri dominan dan setiap burung pasti akan membawa gen dominan ini.

Jika anda ingin membiak untuk memdapatkan anak MAUVE, anda memerlukan dua ekor induk Dark Factor. Blue adalah resesif yang bermakna kedua-dua induk jantan dan betina boleh dibahagikan kepada Blue.

Jangan breed induk Mauve dengan induk Double Dark Factor kerana anak yang dihasilkan mempunyai bulu yang pendek dan bersaiz kecil.

Ini adalah tip yang saya perolehi yang ditulis oleh seorang breeder dari Belgium untuk menghasilkan anak yang diingini berpandukan kepada warna induk.


Dark green (one dark factor) x blue

Green/blue

Dark green/blue


Dark green/blue x blue

Green/blue

Dark green/blue

Blue

Cobalt


Cobalt x Green

Green/blue

Dark green/blue


Cobalt x Green/blue

Green/blue

Dark green/blue

Blue


Cobalt x Blue

Blue

Cobalt


Cobalt x Dark green

Green/blue

Dark green/blue

Olive (two dark factors)/blue


Cobalt x Dark green/blue

Green/blue

Dark green/blue

Olive/blue

Blue

Cobalt

Mauve


By Didier Mervilde (Belgium)

Monday 8 April 2013

Makanan yang saya gunakan untuk Feeding anak Lovebird dan medium parrot....


Saya ingin kongsi sedikit pengalaman saya dalam handfeeding anak-anak Lovebird dan Medium Parrot yang pernah besarkan. Selama melayan minat kepada Lovebird dan parrot ini, saya telah menggunakan beberapa produk makanan formula untuk anak-anak Lovebird dan parrot yang masih. Tujuan utama mengapa anak-anak Lovebird dan Parrot diambil dan di handfeed adalah kerana untuk memastikan mereka menjadi jinak bila besar dan lebih mesra untuk berinteraksi dengan tuan mereka. Di sini saya akan kongsi beberapa jenis makanan formula yang saya gunakan untuk Hand Feeding anak-anak Love bird dan Parrot saya.


Kaytee Exact Hand Feeding ialah jenama yang paling popular dikalangan peminat burung seluruh dunia dan merupakan jenama antarabangsa keluaran daripada Amerika Syarikat. Kelebihan Kaytee Exact Hand Feeding ialah kandungan zat dan vitamin yang amat sesuai dan diperlukan oleh anak-anak burung yang sedang membesar. Mengikut pengalaman saya, anak-anak burung yang diberi makan Kaytee Exact ini cepat membesar dan sihat jika cara pemakanan yang disyorkan diikuti dengan betul.

Satu lagi kelebihan Kaytee adalah nilai tanggungjawab syarikat pengeluar Kaytee yang sentiasa update perkembangan produk mereka dan jika ada sesuatu masalah berkaitan dengan produk mereka, pihak mereka akan maklumkan kepada pengguna melalui internet dan lama  sesawang bagi memastikan keselamatan burung-burung yang memakan makanan formula daripada keluaran mereka sentiasa selamat. 

Perlu diingat,  Kaytee Exact Hand Feeding mempunyai beberapa jenis yang mana hanya sesuai bagi sesetengah parrot mengikut. Setiap jenis parrot adalah berbeza jenis Kaytee  Exact yang perlu digunakan, dan sebagai contoh Kaytee Exact untuk Macau tidak boleh digunakan untuk burung yang bersaiz kecil dan medium kerana kandungan protein dan lemaknya yang tinggi boleh membahayakan anak burung-burung yang bersaiz kecil dan medium dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu adalah bagus jika anda bertanyakan kepada penjual dan mencari maklumat melalui laman sesawang Kaytee http://www.kaytee.com/ untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan jenis makanan yang mana paling sesuai untuk burung anda. Harga satu pek Kaytee Exact Hand Feeding 2.7kg adalah berharga RM113-RM130 dipasaran Malaysia dan ada dijual di mana-mana petshop yang terpilih.

Zeigler juga merupakan jenama makanan untuk Hand Feeding yang pertama saya gunakan. Bagi saya tiada beza antara menggunakan Kaytee Exact Hand Feeding dan Zeigler Hand Feeding kerana semua anak-anak burung saya menunjukan perkembangan yang positive dengan memakan makanan formula ini . Formula Zeigler  lebih halus dan lagi mudah dibancuh berbanding jenama Kaytee. Kandungan zat dan vitamin jenama ini juga amat bagus dan lebih kurang dengan jenama Kaytee. Harga satu botol Zeigler Hand Feeding di pasaran adalah RM38.





Susu NURSOY  yang digunakan untuk bayi juga boleh diberikan kepada anak-anak Lovebird dan Medium parrot jika kita ketiadaan makanan daraipada 2 jenama diatas. Susu NURSOY adalah susu formula daripada kacang soya yang diberikan kepada bayi yang alah pada susu lembu. Susu ini dibancuh pekat dan disuap kepada anak-anak burung seperti makanan formula untuk anak burung yang lain. Menurut seorang sahabat yang telah lama menggunakan makanan formula lain dengan susu NURSOY untuk anak-anak Lovebird beliau mengatakan anak-anak burung yang diberi susu ini lebih cepat membesar dan mempunyai saiz lagi besar berbanding anak-anak Lovebird yang diberi makan makanan formula seperti Kaytee dan Zeigler. Insyaallah kali ini saya ingin memcuba susu ini untuk di suap kepada anak-anak Lovebird saya yang akan datang. Harga dipasaran satu tin susu NURSOY ini ialah RM38.







Untuk memastikan anak-anak Lovebird dan medium parrot saya memdapat vitamin, zat dan nutrien yang mencukupi saya akan menambah  roti putih, Cod Live Oil, telur, madu, dan extra virgin olive oil didalam bancuhan makanan formula mereka. Kesemua bahan ini saya satukan sekali dengan sukatan yang betul iaitu dalam kira-kira sesudu kecil Cod Live Oil, madu, dan extra virgin olive oil dan sebiji telur. Bahan-bahan ini jangan diberika secara berlebihan terutama madu kerana madu bersifat panas takut anak-anak burung mengalami panas badan yang melampau. Saya akan campur bahan-bahan ini setiap hari dan Alhamdullilah anka burung yang diberi tambahan bahan-bahan ini membesar lagi sihat dan besar. Cod Liver Oil dan extra virgin oil amat sesuai untuk tulang, bulu dan mata serta untuk merangsang antibodi semulajadi mereka lebih kuat. Madu pula bagus untuk membunuh bakteria jahat dan telur serta roti untuk protein dan serat.

Saya harap sedikit perkongsian saya ini boleh dijadikan rujukan pada peminat-peminat burung. Sebagai pemilik seharusnya kita memberikan yang terbaik kepada burung-burung kita terutama bagi anak-anak burung yang masih di dalam proses pembesaran diperingkat anak untuk memestikan mereka membesar pada kadar yang optimun. Anak-anak burung yang diberikan makanan yang sempurna pada peringkat anak kecil akan memastikan mereka membesar dengar sihat dan cantik. Jangan berkira dengan peliharaan kita kerana hasinya adalah untuk kita kelak. Tiada kepuasan lain bagi seorang peminat selain melihat burung-burung yang dipelihara membesar dengan sempurna.