Sunday 12 January 2014

Green-Naped Lorikeet

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak update blog minat saya ini untuk perkongsian dengan pembaca semua oleh kerana kesibukan kerja dan ditambah dengan ketiadaan idea dan bahan untuk ditulis. Hari ini terasa rajin pula untuk update blog saya ini.

Oklah, hari ini saya ingin menceritakan sedikit perkongsian minat dan koleksi terbaru saya iaitu Green-Naped Lorikeet atau nama saintifiknya T. H. Haematodus. Green-Naped Lorikeet ini saya namakan "MAS" sebab senang dipanggil dan mudah diingati oleh ahli keluarga saya. Dibeli ketika berusia 2 bulan daripada breeder yang juga kawan baik saya iaitu Abang Joe.







Tidak sukar memelihara spesis Lorikeet ini sepertimana yang pernah saya ceritakan bagaimana rutin dan diet mereka didalam pages Red Lorikeet saya. Sewaktu kecil diet mereka ialah saya hanya gunakan nestum bayi yang telah dicampur dengan madu. Bancuhan adalah sedikit cair kerana sifat spesis Lorikeet yang memakan cecair dan buah-buahan. Kami hanya suap mereka lebih kurang sebulan lebih sebelum mereka boleh makan dengan sendiri.

Setiap hari nestum tetap diberikan kepada mereka sebagai diet utama dan manakala bijirin serta buah-buahan adalah diet sampingan mereka. Lorikeet bukan jenis pemakan bijirin jadi sebagai pemilik kita haruslah pastikan bua-buahan sentiasa ada dan makanan gantian seperti nestum, susu dan madu haruslah diberikan mereka dengan cara bancuh ketiga-tiga bahan ini sekali. Nestum yang hanya dibancuh dengan air suam juga sudah memandai bagi mereka.


























Buat masa ini warna bulu mereka masih lagi "bulu anak" yang mana ia masih lagi tidak menyelah dan bersinar seperti mana warna burung yang dewasa. Bulu mereka akan menjadi lagi cantik dan "garang" bila mereka matang di usia 2 tahun lebih. Rasa tidak sabar untuk melihat mereka dewasa dengan warna yang menarik serta bentuk badan yang lagi solid dan padat.

Kelebihan Green-Naped Lorikeet adalah sama dengan spesis Lorikeet yang lain. Mereka aktif dan suka bermain. Selain warna mereka yang amat menarik dan berwarna warni, spesis Lorikeet juga terkenal dengan keasyikan siulannya seperti "song bird" dengan pelbagai gaya siulan yang ditiru daripada burung-burung lain serta bunyi-bunyi yang biasa mereka dengari disekitar mereka.

Bagi saya spesis Lorikeet ini amat sesuai dijadikan penyeri di dalam aviary yang dibina dihalaman rumah kerana kita tak akan terasa sunyi dengan bunyi riuh rendah mereka.

Gambar di bawah adalah gambar contoh Green-Naped Lorikeet yang telah matang yang saya ambil dari sumber internet