Sunday 4 January 2015

Black Lory ( Chalcopsitta Atra)


Assalamualaikum.....

Oleh kerana teruja dan minat dengan spesis Lories/Lorikeet ni maka bila ada masa terluang saya akan cari info sebanyak mungkin tentang spesis ini. Rasa tak pernah puas dengan info yang ada dan terasa terasa ini terus mencari sebanyak mungkin info melalui internet. Berbagai-bagai pages dan blog saya baca tanpa jemu. Ilmu itu tidak terbatas dan seronok dicari apatah lagi apa yang kita cari adalah sesuatu yang amat kita minati.

Oklah kali ini aku ingin kongsikan serba sedikit info tentang Black Lory ( Chalcopsitta Atra ). Info ini saya cari adalah untuk tambah pengatahuan sendiri untuk pair Black Lory yang baru dalam koleksi aku iaitu Noami dan Campbell.

Black Lory ( Chalcopsitta Atra ) adalah spesis lory yang berasal dari Kepulauan Papua New Guinea dan kepulauan sekitarnya. Ia tersenarai antara spesis di dalam IUCN Red List Of Threatened Species dan tersenarai di dalam APPENDIX II CITIES. IUCN Red List Of Threatened Species adalah bermakna spesis ini dilindungi dan diancam kepupusan dan mungkin nanti akan disenaraikan di dalam APPENDIX I CITIES.

Terdapat 3 Sub-species Black Lory iaitu

  1. Bernstein's Black Lories ( Chalcopsitta Atra Bernstein ) - Berasal dari kepulauan Maluku, West New Guinea,
  2. Memberiok Black Lories ( Chalcopsitta Atra Bernsteini ) - Berasal di Kepualaan Membiok dan Barat Daya New Guinea; dan
  3. Rajah LoriesChalcopsitta Atra Insignis ) - Berasal dari Barat Vogelkop dan Barat New Guinea

Black Lories adalah spesis Lories yang paling besar didalam spesisnya dan mempunyai selera makan yang besar. Pengalaman aku semenjak memelihara Black Lories ini amat menyeronokkan dan membuat saya teruja. Black Lories akan menjadi excited dengan saya bila tiba waktu makan, mereka akan mula buat bising dan waktu inilah kita boleh dengar jeritannya yang nyaring dan gemersik seperti riang riang. Black Lories sangat aktif dan sangkar yang besar dengan toys amatlah digalakkan disediakan oleh pemilik mereka. Black Lories sangat suka perhatian daripada owner dan akan menjadi agak garang bila memcapai usia matang.

Diet Black Lories adalah sama dengan spesis lories yang lain, pollen dan buah-buahan adalah diet utama mereka dan sebagai pemilik adalah perlu kita menyediakan diet buahan kepada mereka setiap hari jika mampu. Seperti saya setiap minggu pasti akan saya berikan buahan kepada mereka 2 hingga 3 kali. Walaupun diet utama Black Lories adalah pollen dan buahan tidak bermakna kita tidak boleh ajar  Black Lories memakan bijirin seperti kuaci, oat, gandum dan sebagainya tetapi jangan kita terlalu bergantung kepada bijirin sebagai diet mereka kerana kita kena ingat sistem percernaan mereka hanya dicipta oleh Allah sesuai untuk pollen dan buahan. Sebagai diet tambahan saya juga menyediakan diet yang saya buat dari ramuan sepertimana yang saya pernah kongsi dalam penulisan yang lepas (sila skroll kebawah). Ramuan diet yang saya sediakan amat disukai oleh Black Lories saya dan Lories/Lorikeet yang lain. Jagung segar juga sesuai diberikan tetapi cuba elakkan buahan citrus seperti nenas dan limau. Air tebu fresh juga boleh diberikan kepada mereka.

Black Lories tidak diminati oleh sesetengah orang kerana warnanya yang hitam. Sebenarnya warna Black Lories tidaklah hitam sepenuhnya. Warna Black Lories adalah dalam kategori Melanistic Black atau bahasa mudah hitam violet. Melanistic Black akan jelas kelihatan jika Black Lories ini berada dibawah cahaya matahari and you will appreciate its beauty.

Mengikut rekod, Black Lories akan matang pada usia 4 tahun dan pawa waktu ini Black Lories Betina akan bersedia untuk bertelur jika diet dan persekitarannya sempurna. Nampaknya mungkin saya terpaksa menunggu 3-4 tahun lagi untuk melihat Naomi dan Campbell membiak jika panjang usia mereka dan usia Saya. Saya memelihara spesis Lories/Lorikeet adalah kerana kecantikan mereka, setiap spesis ada kecantikan dan kelebihan tersendiri yang hanya peminat Lories/Lorikeet sahaja yang tahu.

Sekian.....


No comments:

Post a Comment