Wednesday, 27 March 2013

Tertipu oleh mereka yang tak jujur....

Rasanya tak ramai yang jujur dikalangan penjual burung nie..rata-rata semuanya utamakan wang daripada kejujuran dan nilai persahabatan. Simbol $$$ lebih diutamakan daripada kejujuran dalam urusan jualan. Tak terfikirkah orang seperti ini dosa pahala dan tak sayangkah mereka dengan nilai persahabatan???
 
Dalam kita mempercayai seseorang rupanya dibalas dengan ketidak jujuran... Hilang terus rasa respect pada orang seperti ini malah rasa benci dan meluat makin meluat-luat tapi apa gunanya kalau membenci sekalipun kerana ia tidak membawa apa-apa makna dan kebaikan.
 
Cukuplah sekali kena maka aku akan "blacklist" terus nama oarang seperti ini di dalam kamus hidup aku. Mungkin jika bertemu aku akan tegur seperti biasa sebagai tanda kenalan biasa tetapi untuk respect, hormat dan mesra seperti dulu mungkin tidak. Satu persatu kisah orang seperti ini akan dibogelkan oleh orang yang pernah terkena...maka terlanjang bulat lah orang seperti ini dimata umum.
 
Bukan mahu mencari musuh dalam minat yang sama tetapi persahabatan atas dasar minat yang sama adalah perkara pokok dalam perhubungan kita sebagai sahabat. Sudah beberapa kali aku terkena dengan orang seperti ini tapi kerana mudah percaya pada seseorang aku terkena lagi. Kadang-kadang kita salahkan orang lain kononnya menabur pasir di dalam periuk rezeki kita tapi kita lupa yang sebenarnya kita sendiri yang menabur pasir di dalam periuk nasi kita... Tapi aku yakin ramai lagi diluar sana yang jujur dalam berurusan dan amat sayangkan persahabatan... Bagi mereka yang terasa jangan salahkan aku tapi cuba-cubalah berdiri di depan cermin dan tenunglah sifat kamu sendiri....

Sunday, 24 March 2013

My Colorful Agarponis Collection's....



Alhamdullilah sangat-sangat bersyukur kepadaNya kerana diberi rezeki dan dilimpahi rahmatnya kepada koleksi Lovebird saya dengan kesihatan yang paling optimun pada masa sekarang. Hati terasa amat bersyukur bila melihat koleksi peribadi Lovebird saya semuanya sihat-sihat dan dan cergas. Kesihatan dan kecergasan mereka boleh  dilihat pada warna bulu yang berkilat dan kemas, mata yang bersinar.


 Gembira bila melihat koleksi Lovebird saya masing-masing sudah mula membiak dengan baiknya. Alhamdullilah semuanya gemuk-gemuk dan mantap hasil daripada diet sebaik mungkin yang saya mampu berikan kepada mereka. Jelas kelihatan dada yang padat dan penuh menunjukkan yang mereka sihat dan bersaiz besar. Burung yang sihat pasti akan dapat membiak dengan baiknya dan Alhamdullilah 3 pairs didalam Aviary saya sedang mengeram dan 2 pairs telah berjaya menetaskan anak-anak pada musim pertama ini. Insyaallah mungkin offspring kali ini semua induk-induk Love birds saya akan berjaya menetaskan anak-anak dengan sihat dan cantik-cantik serta bersaiz besar.



gambar : Induk-induk yang di dalam proses pembiak bakaan








gambar: Anak-anak daripada Offspring lepas


Alhamdullilah 6 ekor anak-anak pada offspring lepas juga telah membesar dengan baiknya dan sihat. Insyaallah anak-anak ini akan dijadikan induk apabila mencapai usia setahun lebih. Pemilihan anak-anak yang bersesuaian akan saya lakukan bagi menjamin mutu baka Lovebird yang saya biak nanti akan menepati matlamat saya. Hanya yang terpilih sahaja akan dijadikan induk manakala yang kurang sesuai akan disimpan atau dijual sebagai pets.

Bila melihat koleksi saya semuanya sihat dan membiak dengan baik membuatan saya rasa amat berbaloi dengan penantian hampir 2 tahun untuk mendapat hasilnya.


Wednesday, 20 March 2013

Offspring season...

 

Syukur Alhamdullilah pada bulan Febuari ini 3 pairs induk LoveBird iaitu dua induk Fischeri dan satu induk Masked telah bertelur dan mengeram. Menjadi kepuasan apabila induk yang disayang dan dipelihara sejak kecil telah menjadi induk buat pertama kalinya dalam kitaran hidup mereka.

Berkat kesabaran terhadap minat ini akhirnya terbalas apabila membuka nestbox mereka dan melihat telur-telur mereka yang kecil dan putih sedang dieram oleh induk betina. Membiak LoveBird bukan mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Pernah seorang kawan yang memakan masa 2 tahun untuk membiakan LoveBird dan beliau give up kerana terlalu mengharapkan LoveBird beliau membiak. Alhamdullilah saya hanya mengambil masa dalam setahun untuk membiak LoveBird setelah beberapa kali gagal.





Alhamdullilah induk pertama Masked/Personatus saya telah bertelur pada 25 Feb lepas. Induk betina adalah DD Pastel Mauve yang saya pasangkan dengan induk jantan Wildgreen/Collared. Pair ini saya satukan pada awal bulan Januari lepas dengan cara saya lepaskan mereka dengan 2 ekor lagi induk matang Masked/Personatus didalam simpanan saya untuk membolehkan mereka memilih sendiri pasangan mereka dan hasilnya pasangan ini telah mengambil masa untuk menjadi bonding pair hanya dalam masa 2 hari sahaja.

Satu sifat LoveBird dalam proses pembiakan mereka ialah mereka akan cepat membiak jika pasangan itu adalah pasangan pilihan mereka sendiri berbanding pasangan yang ditentukan oleh pemilik mereka. Ketiga-tiga pair ini adalah pair yang telah bonding dengan cara semulajadi tanpa ditentukan oleh saya dan memang terbukti mereka hanya mengambil masa tidak lebih 2 bulan untuk mula bertelur.







Dua pasang induk LoveBird saya daripada mutasi Fischery juga telah mula mengeram dalam jumlah telur 5 biji setiap pasangan dan dijangka akan mula menetas pada awal bulan Mac nanti. Kedua-dua induk ini saya lepaskan didalam aviary yang berukuran 4x5x6 bersama-sama dengan satu lagi pasangan induk Blue Fischery yang baru sahaja minggu ini menetaskan 4 ekor anak.

Induk pertama yang bertelur adalah induk Double Factor Yellow yang berpasangan dengan Dark Green dan satu lagi pasangan ialah Double Factor Yellow yang berpasangan dengan Sable Blue Pastel.

Rasa tak sabar untuk menantikan anak-anak mereka yang bakal menetas nanti dan induk-induk lain yang berada dalam koleksi saya akan mula bertelur pada masa terdekat ini.

Selective Dalam Memilih Pembeli...

Sejak adanya blog ini saya sentiasa mendapat panggilan daripada kawan-kawan dari FACEBOOK mahupun mereka yang membaca blog My Birds Region ini bertanyakan tentang anak-anak Lovebird yang bakal dijual. Maaf saya maklumkan bahawa stok anak burung Lovebird saya adalah terhad sebab Love bird bukanlah sejenis burung yang sesubur burung Budgies atau Cockcateil.

Oleh kerana jumlah anak Love bird yang induk-induk saya hasilkan adalah terhad maka saya terpaksa membuat pilihan kepada siapa yang akan saya pindah milik bergantung kepada beberapa perkara. Minat sesorang terhadap Lovebird akan saya ambil kira sebagai faktor utama kerana tanpa minat yang mendalam anda tidak akan menjaga Lovebird yang saya pindah milik dengan sebaiknya. Bagi saya, saya mahu tuan baru kepada anak-anak Lovebird saya adalah mereka yang lebih mampu dan sayang melebihi apa yang saya berikan kepada mereka sewaktu mereka berada dibawah jagaan saya.

Sedih saya melihat beberapa nasib anak-anak Lovebird saya termasuklah induk matang Lutino yang pernah saya pindah milik bertukar tangan dari satu tuan ke satu tuan yang lain seperti bahan dagangan yang tiada nilai. Nilai seekor Lovebird bukan pada nilai berapa RM yang mampu dibayar tetapi ia lebih daripada itu. Sedih bila melihat anak-anak Lovebird saya dijadikan bahan pelaburan yang tidak bijak oleh pembeli yang selama ini saya ingatkan beliau adalah peminat Lovebird tetapi saya silap. Saya dah nekad saya hanya menjual Lovebird malah burung-burung lain yang mungkin saya berjaya breed nanti hanya kepada mereka yang betul-betul menghargai nilai mereka. Jika anda mahu berniaga burung saya nasihatkan anda breed sendiri burung anda dan niagalah semahu hati anda tapi jangan zalimi anak-anak burung Lovebird saya yang sepatutnya berada pada tangan seseorang yang betul-betul menyayangi mereka.

Ada mereka yang menawarkan harga yang tinggi tetapi bagi saya wang bukan segalanya dan saya bukan bergantung pada hasil menjual anak Lovebird sebagai punca rezeki utama saya. Biak baka Lovebird adalah sekadar hobi dan memelihara Lovebird adalah satu kegairahan bagi saya dan bukan memelihara Lovebird mahupun parrot lain sebagai punca pendapatan saya. Biasanya saya lebih senagn menjual Lovebird malah burung-burung lain kepada mereka yang saya kenali kerana mudah bagi saya menilai setakat mana minat mereka terhadap Lovebird yang saya biakan. Saya juga lagi senang jika mereka yang minat datang sendiri kekediaman saya melihat dan menilai sendiri burung yang mereka minati berbanding menjual secara online kerana bagi saya menjual secara online banyak risiko dan masalah dikemudian hari. Urusniaga secara terus lagi memuaskan hati dua-dua belah pihak.

Anda boleh bertanya apa sahaja kepada saya tentang minat ini dan Alhamdullilah sampai hari ini saya tidak pernah tidak melayan panggilan dan SMS daripada sesiapapun yang bertanyakan soalan tentang apa-apa yang berkaitan dengan minat ini. Kita perlu selective dalam membuat urusniaga terutama berkaitan dengan benda hidup yang risiko mati dan sakit adalah tinggi apabila bertukar tangan hak milik. Saya harap sesiapa yang membaca Blog ini faham maksud saya dan jika anda betul-betul berminat Insyaallah giliran anda pasti akan tiba :)

My Red Lory Diet...

Assalamualaikum...
Selalu orang tanya saya apa makanan yang saya berikan kepada Red Lory saya iaitu Nick dan Momo. So hari ini saya nak beritahu apakah diet yang saya berikan kepada mereka setiap hari.




mix fresh fruits

Oleh kerana diet spesis Lory adalah merupakan buah-buahan dan cecair seperti madu bunga atau nektar bunga-bunga hutan di habitat liar mereka so saya cuba sebaik mungkin mengekalkan diet asli mereka kepada Nick dan Momo. Apa yang saya buat adalah saya sediakan beberapa jenis buah-buahan segar seperti epal merah, anggur, plum, pisang atau apa-apa jenis buah-buahan segar yang manis (jangan gunakan buah-buahan yang tinggi asidnya seperti citrus dan nenas) sebagai diet utama mereka. Buah-buahn ini sama ada saya sediakan secara fresh begitu sahaja atau pun saya potong kecil-kecil dan kisar dengan beberapa jenis makanan lain lagi seperti madu, jus buah-buahan seperti anggur, strawberi, molus bersama dengan fresh milk dan roti segar (biasanya saya guna gardenia).

Buah-buah tadi saya satukan semuanya dan kisar menjadi halus seperti yogurt dan saya simpan didalam botol untuk stok sehingga 2 minggu atau selagi bahan tadi masih lagi elok dan tidak busuk (disimpan didalam peti ais). Saya akan beri Nick dan Momo makan makanan yang saya kisar ini dalam kuantiti yang secukupnya dan suhu yang diberikan haruslah pada suhu bilik iaitu saya biarkan makanan ni di luar pada suhu bilik atau saya campurkan sedikit air panas untuk menghilangkan suhu sejuk makanan ini (Lory tak akan makan makanan yg sejuk dan boleh menyebabkan kematian).














Oleh kerana Lory makan makanan berbentuk cecair, saya juga kadang memberikan mereka minum air tebu fresh (bukan berais). Minuman jus dan yogurt buah-buahan seperti gambar di atas juga sesuai diberikan kepada mereka. Nampak makanan yang saya berikan agak tinggi kosnya tetapi anda silap kalau beranggapan begitu kerana sebotol atau sekotak Yogurt Marigold Drink boleh jimat untuk 3 hari jika diberikan untuk sepasang Lory atau 5 hari bagi seekor Lory. Yogurt ini juga bagus untuk perut Lory sebab mempunyai kultur hidup yang bagus untuk bakteria baik didalam perut mereka seperti manusia. Vitegen juga saya berikan kepada mereka sekali sekala. Minuman Yogurt ini juga boleh diletak roti putih bagi menambahkan kualiti diet mereka.




Dalam diet Nick dan Momo saya cuba untuk pelbagaikan untuk mengelakkan mereka bosan. Nestum bayi juga saya berikan kepada mereka dan yang laing bagus adalah Nestle Cerelec Gandum & Madu. Nestum adalah pilihan mereka yang paling utama mengalahkan diet-diet lain setakat ini dan tak pernah lagi setakat ini Nestum yang diberikan kepada mereka berbaki atau membazir. Nestum ini kita hendaklah bancuh cair dengan air masak atau fresh milk seperti susu tetapi jangan terlalu cair, biar ia seakan-akan puding atau seakan-akan hot chocolate. Saya sarangkan anda pemilik Lory mencuba Nestum ini sebagai diet mereka dan saya yakin anda tak akan kecewa melihat selera dan pertambahan kesihatan mereka. Jangan bimbang mereka menjadi gemuk kerana Lory saya tidak obes dengan diet ini malah mereka makin sihat, cergas, active dan saiz badan mereka sangat ideal dan yang paling penting bulu mereka makin sihat.




Oleh kerana bijirin bukan menjadi diet utama Lory, saya tetap menyediakan kuaci untuk mereka. Tetapi kuaci atau bijirin lain bukanlah menjadi pilihan utama mereka. satu mangkuk kuaci biasanya memakan masa lebih 3 hari untuk dihabiskan oleh mereka. Kuaci hanya menjadi pilihan mereka dikala ketiadaan makanan lain atau sekadar makanan ringan bagi mereka.

Ramai orang mengeluh dengan diet Lory yang kononnya rumit dan cerewet. Bagi saya hanya satu sahaja , kalau minat mendalam terhadap spesis Lory, diet mereka bukanlah menjadi halangan untuk memelihara mereka. Jangan kedekut untuk mengeluarkan wang untuk menyediakan diet yang baik untuk spesis Lory ini. Jika anda merasa "mahal" untuk memyediakan diet mereka saya sarangkan anda peliharalah ayam kampung ataupun itik telur sahaja kerana spesis ayam dan itik cukup hanya makan sisa-sisa makanan anda tetapi tidak bagi spesis Lory malah apa-apa spesis Kakaktua sekali pun yang memerlukan diet khas dan bagus untuk kesihatan mereka. Percayalah jika Lory anda sihat, cergas dan pada tahap yang optimum anda akan berpuas hati dengan mereka bila mereka berkicau dengan galaknya. Anda kena ingat "EXCLUSIVE PETFOR ELITE PEOPLE" (pinjam kata-kata Kak Reen Kittunkatz Bengal http://www.yeng96.com/ ). So saya harap perkongsian yang tidak seberapa ini akan sedikit sebanyak membantu peminat-peminat spesis Lory untuk menyediakan diet Lory masing-masing.

Si Puteh...



Hari ini aku nak ceritakan sedikit pasal Si Puteh. Puteh aku beli daripada sahabat aku Azril Mat Saman ketika usianya lebih kurang 6 bulan lebih. Puteh adalah mutasi Fischery yang mana kedua-dua induknya ialah Double Yellow Factors Fischery. Nama Puteh aku berikan sepena warnanya yang putik melepak.



Sepertimana anak-anak hasil "handfeed" sifat Puteh adalah manja dan mempunyai attitude tersendiri, suka menggigit dan attention seeker. Puteh pernah terlepas daripada sangkarnya ketika aku membersihkan sangkarnya dan Alhamdullilah Puteh tidak melarikan diri dan sempat aku tangkapnya kembali. Dulu Puteh tinggal bersama dengan aku di Kuala Lumpur sekejap sebelum aku bawa pulang ke Dungun untuk di breed. Memandangkan aku ketiadaan jantan Fischery yang available maka Puteh tidak mempunyai pasangannya sepertimana Lovebird aku yang lain. Mungkin kerana terlalu sihat dan kadar kesuburan yang tinggi, Puteh pernah bertelur 5 biji pada Disember tahun lepas dan baru-baru ini Puteh bertelur lagi sebanyak 2 biji tanpa pasangan jantan .



Kini Puteh tidak lagi totally berbulu putih kerana warna-warna pastel telah mula keluar setelah molting buat kali pertama pada awal Disember tahun lepas. Dari hari ke hari sewaktu molting, bulu-bulu pastelnya makin kelihatan dan jika sesekali dilihat Puteh boleh dikategorikan dengan mutasi Pied. Tak menjadi masalah bagi aku dengan perubahan ini yang penting Puteh makin cantik dengan bulu barunya dan warnanya jika delihat secara live amat gebu dan sesekali seperti warna Ivory. Puteh makin besar dan makin solib dan yang paling penting makin sihat dan active. Sifat manja anak handfeed masih lagi ada didalam diri Puteh walaupun dah hampir setengah tahun Puteh dilepaskan bersama-sama dengan Lovebird lain didalam nursery aviary yang aku khaskan hanya untuk anak-anak muda lovebird yang hasil dari aku breed sendiri.




PUTEH


LAVENDER



Alhamdullilah seorang sahabat aku Zuar Yusof menghadiahkan aku seekor jantan Pied Blue Series Fischery untuk dipasangkan dengan Puteh. Kondisi jantan ini amat bagus pada pandangan kasar mata aku yang mana jantan ini mempunyai bulu yang bersih, mata bersinar, active dan tubuh yang menarik sesuai untuk di breed dengan Puteh. Buat masa ini mereka masih lagi dalam prose untuk bonding dan seterusnya menjadi proven pair (hopefully). Harap dalam masa dua bulan akan datang Puteh dan jantan yang aku namakan Lavender ini akan dapat membiak dan menjadi pasangan induk yang baik dalam Aviary Birds Region aku. Rasa tak sabar untuk menanti apakah mutasi warna generasi Puteh dan Lavender kelak :) .

Anak Homebreed Penghujung 2012



Alhamdullilah Syukur kepada Allah Taala dengan rezekinya pada penghujung tahun 2013 dengan menguniakan 8 ekor anak Love Bird yang hasil di breed sendiri walaupun 2 daripadanya seekor Lutino Fischery, seekor Blue Fischery telah mati.





Mereka di ambil untuk di handfeed sejak berusia 2 minggu dan ada yang semuda usia seminggu lagi kerana terpaksa memandangkan musim tengkujuh yang menyebabkan banjir yang menenggelamkan aviary induk mereka. Alhamdullilah dengan penjagaan yang rapi akhirnya 6 ekor iaitu 3 ekor Black-Cheeked Agarponis dan 3 ekor Blue Fischery Agarponis dapat membesar sampai hari ni. Kalau pada mulanya kesemua mereka tidak berbulu dan botak tapi hari ini mereka semuanya dan mempunyai bulu pahat yang sihat dan cantik.





Tiada nilai dan kata-kata bila dikurniakan anak-anak Love Bird yang sihat waalafiat didepan mata, siang malam disuap makanan formula Kaytee kepada mereka akhirnya berbalas dengan melihat mereka membesar cergas. Seekor daripada anak Blue Fischery saya mengalami kecacatan kaki dimana kakinya tidak dapat berfungsi sepertimana Love Bird normal lain. Walaupun cacat dia cergas dan sihat, saya akan simpan dia sebaik mungkin tanpa ada rasa pilih kasih sampai keakhir hayat dia.




Walaupun ramai yang berminat untuk membeli anak-anak ini tetapi saya terpaksa tolak kerana mereka semua adalah untuk simpanan saya buat masa ini. Mereka akan dijadikan pelapis pada generasi akan datang. Mungkin saya akan lepaskan mereka jika ada yang berminat untuk tukar sama suka dengan mutasi yang saya masih lagi tiada dalam koleksi, tapi untuk menjual mereka mungkin tidak buat masa ini.

Alhamdullilah ke dua-dua induk anak-anak ini sekarang tengah mengeram untuk batch seterusnya. Dalam koleksi 3 induk lagi iaitu satu induk Blue Fischery, satu induk Olive Fischery dan satu induk , Olive Fischery + Double Yellow Factor Fischery akan bertelur tidak lama lagi dan mungkin akan diikuti dengan 2 lagi pair yang berada didalam koleksi saya.

Semoga Love Bird saya sentiasa sihat dan dapat membiak dengan jayanya. Bagi yang telah BOOKING anak Love Bird saya diharapkan bersabar kerana nama -nama anda tersimpan dalam waiting list saya dengan eloknya.