Wednesday, 20 March 2013

Yang Hidup Pasti Akan Mati...


Lutino LB yang merupakan LB pertama saya, kedua-duanya telah pergi buat selamanya


My Grey Eyes LB, juga telah pergi buat selama-lamanya



Ma Barker, LB Lutino yang paling aku sayang juga dah pergi buat selama-lamanya... ibarat gugur jantung aku bila melihat dia dah kaku mati


Biasalah masa lapang tak ada kerja ni aku suka tergodek-godek pic-pic lama anak-anak aku. hati pilu bila lihat pic anak-anak yang telah pergi buat selamanya. Touching tiba-tiba bila mengenangkan mereka semua yang banyak menghiburkan hati aku baik dikala aku gembira dan duka.



Walaupun mereka hanya haiwan kesayangan tetapi kehilangan mereka banyak memberi kesan kepada aku. Kehilangan mereka boleh diibaratkan sebahagian dalam diri ini juga pergi selamanya. Memang jenis aku kalau sayang, aku akan sayang betul-betul walaupun dimata orang lain mereka hanya sekadar haiwan yang tidak berakal...walaupun mereka tidak berakal tetapi mereka semua cukup membuat aku gembira dan tenang berbanding aku berada dikalangan manusia yang berakal.



Baba harap kamu tenang disamping Allah semuanya, kamu adalah ciptaan Allah yang terbaik yang pernah Baba miliki.....

Anda Dapat Apa Yang Anda Bayar...


Sam Gibbs Collection




Sam Gibbs Collection




Sam Gibbs Collection




Sam Gibbs Collection




Sam Gibbs Collection







Burung Love Bird yang berkualiti dan cantik bukan murah harganya. Ya mungkin anda boleh membeli Love Bird dengan harga yang murah tetapi adakah harga yang anda bayar murah itu adalah Love Bird yang berkualiti dan cantik?



Ramai yang membincangkan isu berkaitan dengan harga semasa Love Bird di tempat kita. Berbagai-bagai pandangan diutarakan dan dibincangkan. Apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi saya terhadap isu ini. Mungkin apa yang saya tulis ini dipersetujui dan mungkin akan ada yang memandang sinis.



Minat terhadap Love Bird di negara kita masih lagi baru dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu Thailand dan Philippine (lupakan Indonesia kerana mereka menilai Love Bird lebih kepada suara). Kebanyakan Love Bird yang dijual di Pets Shop adalah kurang berkualiti dan majoriti burung yang dijual adalah hybrid yang bermaksud bukan baka unggul (PURE BLOOD) yang mana telah dikacukkan antara baka Personatus (Masked) dengan Fischery. Jika di Euro/Amerika, mutasi hybrid tidak diiktiraf oleh Belgium Love Bird Society (BVA) dan Africa Love Bird Society (ALBS) iaitu persatuan yang memainkan peranan penting bagi pencinta seni kecantikan Love Bird di peringkat antarabangsa. Mengacukan antara spesis Love Bird yang berlainan dianggap tidak BERETIKA oleh persatuan-persatuan di sana. Untuk maklumat lanjut tentang BVA anda bolehkan melayari laman sesawang BVA di http://www.agapornidenclub.be/start1.htm dan ALBS di http://www.africanlovebirdsociety.com/membership/index.html .



Mengikut standard BVA dan ALBS, Love Bird yang kurang berkualiti seperti hybrid (kacukan antara fischer dengan masked atau dengan baka-baka lain) dan yang kurang bermutu akan dijadikan Pets iaitu hanya dijadikan haiwan peliharaan semata-mata manakala Love Bird yang berkualiti tinggi akan dikategorikan Show Bird yang layak memasuki pertandingan seni kecantikan Love Bird dan seterusnya dijadikan baka untuk di Breed (dibiak baka). Seperti yang saya katakan di atas, mungkin kita boleh memperolehi harga Love Bird yang murah tetapi apakah standard Love Bird yang kita beli? adakah Love Bird yang dibeli dikategorikan Pets atau Show Bird ?. Saya bukan mahu terlalu membincangkan tentang isu standard Pets atau Show Bird kerana saya bukanlah pakar dalam menilai mutu Love Bird tetapi disini saya ingin bincangkan tentang harga standard Love Bird mengikut pandangan saya seorang peminat Love Bird yang masih baru mengikut situasi di negara kita.



Sebagai seorang peminat Love Bird dan pengalaman bergaul dengan peminat dan pembiak Love Bird dan haiwan peliharaan lain seperti Serama, Kelisa Merpati, Kucing dan Anjing dan lain-lain memberikan saya rumusan bahawa" Exclusive Love Bird just for Elite people" , maksud saya di sini hanya mereka yang benar-benar meminati dan tahu menilai kualiti sesejenis haiwan kesayangan sahaja yang akan berani membeli dengan harga yang tinggi untuk dimiliki dan seterusnya untuk dijadikan baka. Sering kali saya mendengar rungutan daripada mereka yang baru meminati burung Love Bird ini tentang harga yang ditawarkan oleh para pembiak tempatan (local breed) yang dikatakan tinggi berbanding burung yang diimport masuk daripada Thailand mahupun Holland. Yer, memang harga Love Bird local breed harganya lebih mahal daripada import ini adalah kerana:




  1. Hanya baka yang selective sahaja yang akan di biakkan oleh pembiak baka yakni bermaksud bahawa pembiak baka yang beretika akan hanya membiakkan Love Bird mereka dengan cara yang betul dan mengjaga ketulenan baka Love Bird itu sendiri.
  2. Love Bird yang dibiakkan adalah generasi kedua dan ke atas setelah dibawa ke negara kita
  3. Tahan lasak dan tahan pernyakit,cuaca, dan persekitaran negara kita
  4. Cantik dan yang paling penting;
  5. Hubungan persahabatan dengan pembiak baka boleh dijalinkan serta tunjuk ajar tentang Love Bird akan diperturunkan.

Ada yang mengatakan bahawa baka Love Bird dinegara kita berasal daraipada Thailand dan saya mengiyakan kenyataan tersebut tetapi kita kena ingat bahawa baka Love Bird yang dibawa masuk oleh pembiak baka tidak sama dengan Love Bird yang dibawa masuk oleh pengimport untuk dijual di Pets Shop. Ini kerana pembiak baka tempatan akan memperolehi baka terpilih daripada Thailand dengan pergi sendiri ke Aviary breeders di Thailand. Baka yang dipilih adalah yang terbaik dan berkualiti jika dibandingkan dengan yang di jual di Pets Shop yang mana majoritinya burung yang diimport dan dijual adalah sekadar sesuai untuk dijadikan pets semata-mata dan ini harus difahami oleh para peminat-peminat baru.



Biasanya pembiak baka mempunyai harga exclusive masing-masing dan harga yang diletak pada Love Bird tak sama antara seorang pembiak baka dengan pembiak baka Love Bird yang lain. Harga biasanya bergantung kepada:

  1. Kecantikan - Makin cantik maka harga adalah tinggi
  2. Usia - makin matang makin mahal tetapi akan jatuh harga pada burung yang terlalu tua
  3. Mutasi - makin rare dan exotic makin mahal
  4. Jantina - harga Love Bird jantan lagi tinggi kerana kesukaran memperolehinya
  5. Kategori untuk dibiak baka sama ada pasangan Love Bird dikategorikan, Proven pair atau Bonding pair. Proven pair biasanya dijual sekali ganda harga daripada harga Bonding pair.


Kembali kepada minat seseorang terhadap Love Bird. Seseorang yang betul betul meminati Love Bird tidak berkira dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki Love Bird yang dihajati. Keberanian dan kesanggupan mereka kadang kala tidak masuk akal dan ini sama sahaja pada peminat Serama, Kelisa Merpati, Kucing dan Anjing yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki apa yang dihajati. Kepuasan tidak boleh dinilai dengan kata-kata kerana "Quality is not Expensive it's Priceless" . Seperti gambar-gambar yang saya masuk kan seperti di atas adalah Love Bird yang berkualiti yang di biak oleh Sam Gibb iaitu seorang pembiak baka terkenal di England. Cuba anda nilai sendiri kualiti dan kecantikan Love Bird yang telah beliau berjaya biakan.... Adakah layak burung sebaik ini dibayar dengan harga yang murah? Adakah usaha beliau untuk memperolehi baka yang tinggi kualitinya dibayar dengan harga yang murah? tidak bukan? jadi begitu juga dengan harga Love Bird yang ditawarkan oleh pembiak baka tempatan. Bukan saya bermaksud taraf Love Bird yang dibiak kan oleh pembiak baka tempatan setaraf dengan Sam Gibb tetapi saya mahu anda menilai sendiri mutu burung yang dijual di Pets Shop dengan burung yang dibiakan oleh pembiak baka tempatan... Anda sebagai pembeli berhak menentukannya... "u get peanut if u just pay a peanut".



Saya sebagai seorang peminat Love Bird dan parrot masih lagi mencari ilmu terhadap minta terhadap Love Bird dan Parrot. Belajar menilai kualiti burung yang diminati supaya apa yang dibayar oleh saya terhadap minat ini berbaloi dan memberi kepuasan yang semaksima mungkin. Harga bukan menjadi ukuran dan kuantiti bukan menjadi tanda kejayaan tetapi Kualiti adalah segalanya bagi saya.



Sesuatu yang exclusive dan berkualiti perlu dibayar dengan harga yang exclusive kerana telah menjadi lumrah manusia yang akan menghargai sepenuh hati sesuatu yang berharga dan bernilai.

My First Wild Green Agarponis Personatus cock...




Alhamdullilah syukur kepada Allah akhirnya pada bulan lepas aku memperolehi Wild Green Personatus@Masked atau Collared jantan pertama yang aku beri nama ZORRO. Zorro aku dapat daripada member aku Azril yang menjualnya setelah Zorro kematian pasangannnya yang gagal bertelur secara normal. Collared adalah warna asal bagi jenis Personatus@Masked dan amat disukai olah breeder di luar negara kerana keaslian warnanya amat memikat hati. Kalau diperhatikan pada batang tubuh collared, kita boleh lihat terdapat 4 warna dominan iatu:




  • - Merah pada paruh
  • - Hitam pada kepala atau mask
  • - Kuning pada tengkuk, dan
  • - Hijau pada badan.





Colared juga mempunyai kadar imunisasi dan tahan penyakit yang tinggi jika ingin di bandingkan dengan mutasi Personatus@Mask yang berwarna lain kerana sifat dominan yanga ada pada collared itu sendiri. Kebarangkalian anak untuk mengikut warna induk collared adalah tinggi berbanding induk berwarna lain jika induk collared dipasangkan dengan induk berwarna lain bagi proses pembiakan.






Collared dianggap RARE dikalangan peminat Personatus@Masked Love Bird kerana tidak ramai yang mempunyai pure baka collared di Malaysia dan Alhamdullilah aku memiliki Zorro. Oleh sebab itu aku akan pastikan baka Zorro akan aku pelihara sebaik mungkin untuk memastikan generasi Zorro daripada baka collared tidak akan dicemari.



Harapan pada Zorro tinggi sangat untuk dijadikan baka. Buat masa ni aku tidak lagi menjumpai betina collared yang betul-betul menepati apa yang aku cari. Insyaallah kalau lah tiada betina collared mungkin aku akan pasangkan Zorro dengan Personatus@Masked Violet suatu hari nanti. Masked adalah baka asal daripada collared tetapi telah mengalami proses mutasi yang menjadikan kepelbagaian warna mutasi baka Personatus (mask) hasil daripada pemilihan baka terpilih Personatus@Masked.



Sekarang Zorro menunjukkan kadar kesihatan yang positive dan sifat penjantan yang bagus sekali. Harap Zorro akan menjadi baka penjantan unggul dalam koleksi collared aku kelak

Nick, My Red Lory...



Nick adalah Warrior dalam geng-geng Birds Region. Nick adalah spesis Red Lory (Eos bornea or Eos rubra)dalam keluarga Psittaculidae yang amat aku sayang. Nick adalah pet aku yang paling rapat dan manja. Spesis Red Lory berasal dari kepulauan Indonesia terutama di Kepulauan Maluku atau orang putih panggil Moluccas Island. Bagi aku Nick dan spesis Lory ini amat istimewa sekali. Nick dan Rainbow (Rainbow Lory aku ) adalah dalam keluarga yang sama cuma subspecies yang berlainan sahaja. Diet spesis Lory adalah sama yang mana buah-buahan dan nektar bunga menjadi pilihan mereka.






Nick akan ikut kemana sahaja aku pergi, baik ke waterfall,jeram,balik kampung semuanya dia akan ikut kecuali ke office jer dia tak ikut sebab dia buta IT hehheheee... Nick ni dia ada attitude sendiri... Mood dia kadang-kadang okay kadang-kadang nak jer aku duku dia laju-laju. Adakala cukup manja dia ni dan ada kala cukup moody n sombong...perangai Nick kena banyak sabar. Kalau dia buat perangai moody dia nak menangis dibuatnya sebab sungguh menguji kesabaran aku...tapi kadang-kadang aku kasi juga upah ketuk kepala sebab tak tahan ngan perangai dia ni... Manja spesis Lory ni sama seperti manja seekor kucing dan anjing dengan tuan nya. Spesis parrot ni pandai berinteraksi dengan tuan nya. Alhamdullilah Nick cepat mesra dengan semua oarang yang dia boleh percayai...tapi Nick anti perempuan entah mengapa pun tak tahu. Biasanya Nick akan gigit sesiapa yang first time mahu memegangnya, mungkin untuk diuji kot hehhehee... Kalau tahan digigit oleh Nick maka Nick akan baik dengan orang tu.






Walaupun Nick ada attitude yang mengjengkelkan tetapi dia ada angle side yang buat aku sentiasa rindu untuk bermain-main dengan nya...kalau mood dia okay dia suka kiss...bila dia kiss maknanya dia dalam mood yang paling stabil. Mungkin hormon dalam badan yang membuatkan dia jadi moody dan mungkin juga sebab Nick kesunyian tiada pasangan hidup. Kalau ikutkan usia Nick...Nick sudah bersedia untuk mempunyai pasangan hidup untuk membiak...Insyaallah Januari 2013 akan aku usahakan untuk mencari pasangan hidup untuk Nick tapi sebelum itu Nick perlu menjalani ujian DNA untuk mengenal pasti jantinanya terlebih dahulu. Kalau dah jumpa pasangan yang sesuai untuk Nick mungkin tahun depan Nick akan memperolehi anaknya sendiri. Cage untuk breeding sudah aku beli cuma tunggu cukup wang sahaja untuk memperolehi pasangan Nick.






Nick suka berkicau, dalam sehari tak pernah dia diam kecuali waktu dia tidur... Kalau Nick diam itu akan merisaukan aku...kerana kalau Nick tetiba diam dan tak selincah biasa itu bermakna Nick sakit, so bila Nick bising berkicau aku tak perlu bimbang tentang dia. Nick ni suka sangat mandi pantang taruk air dalam bekas mandi dia maka cepatlah dia terjun dalam bekas mandi dia tu. Spesis Lory ni ada bau sikit...bau hamis seakan-akan kambing jantan, so untuk hilangkan bau hamis tu aku akan spray Nick dengan pewangin untuk pets, kalau tak spray maka jawabnya tak adalah orang mahu pegang Nick. Yang istimewanya Nick ini adalah aku tak perlu "wing clip" atau potong bulu pelepah sayap dia. Dia tak akan lari terbang...itulah yang istimewanya Nick pada kau yang mungkin tak ramai pemilik parrot mempunyai parrot sejinak Nick.





Spesis Lory adalah spesis yang active. So dalam cage Nick aku sediakan pelbagai toys untuk dia untuk mengelakkan dia jadi boring. Nick paling suka object yang bulat dan berbunyi.... So aku letak kan bola berloceng untuk dia...sesekali kalau dilihat gelagat Nick bermain tak ubah seperti kanak-kanak berusia 3 tahun...siap baring tu main bola loceng dia. Satu lagi tabiat Nick adalah sifat dia yang suka explore apa sahaja yang baru di dalam cage dia, pasti dia akan sentuh benda itu dengan sifat yang ingin tahu yang mendalam... Nick bukan sekadar haiwan kesayangan aku, malah lebih dari itu...Nick adalah penyeri hidup akau termasuklah yang lain-lain dalam Birds Region... Nilai kasih sayang antara kami tiada harganya dan hanya mereka yang mempunyai haiwan kesayangan sahaja yang tahu kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan kesayangan mereka yang bezanya hanya pada akal

In Remembrance Ma Baker...

In Memories... Suddenly something has happened to me, As I was having my cup of tea... Suddenly I was feeling depressed I was utterly and totally stressed... Do you know you made me cry? Do you know you made me die? And the thing that gets to me, Is you'll never really see, And the thing that freaks me out, Is I'll always be in doubt... It is a lovely thing that we have, It is a lovely thing that we, It is a lovely thing, the animal The animal instinct. So take my hands and come with me We will change reality. So take my hands and we will pray They won't take you away. They will never make me cry, no They will never make me die.... And the thing that gets to me Is you'll never really see And the thing that freaks me out Is I'll always be in doubt.... The animal, the animal, the animal instinct in me...

They Will Never Make Me Cry...
She Never Make Me Die...
Do You Know U Make Me Cry...

My Rainbow Lorikeet...

Assalamualaikum.... Rainbow adalah adalah my 1st parrot daripada spesis lorikeet atau dalam bahasa Melayu nya dipanggil Nuri Berkicau. Spesis ini banyak didapati dan hanya dijumpai di habitat asalnya di Australia, Eastern Indonesia, Papua New Guinea, New Caledonia, Solomon Islands and Vanuatu. Nama siantifiknya pula adalah Trichoglossus haematodus. Spesis lorikeet ini memang menjadi idaman saya sejak saya melihatnya di rumah Abang Joe di Dungun Terengganu dan sejak itu saya berangan-angan untuk memiliki spesis ini sebagai salah satu koleksi saya. Alhamdullilah pada Disember 2011 saya berjaya memperolehi seekor anak handfeed rainbow lorikeet dari seorang breeder di Pulau Pinang dengan harga RM1250 (termasuk AP CITES). Pati ada orang tanya apa itu AP CITES. CITES membawa maksud (the Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) is an international agreement between governments. Its aim is to ensure that international trade in specimens of wild animals and plants does not threaten their survival. Untuk memelihara spesis lorikeet kita memerlukan premit daripada Jabatan Perhilitan yang mana hanya breder-breeder dan penjual yang mempunyai permit kebenaran sahaja yang boleh menjalankan urusan import eksport spesis terlindung ini menjadi satu kesalahan bagi sesiapa atau individu menyimpan spesis lorikket ini tanpa permit yang sah daripada Jabatan Perhilitan Malaysia. Ok kita lupakan pada premit semua itu sebab Blog Birds Region ni bukan blog Perhilitan nak aku huraikan panjang lebar kan?. Bagi mereka yang nak tahu tentang CITES korang bolehlah layari laman sesawang mereka di http://www.cites.org/eng/disc/what.php . Aku namakan si comel ini dengan nama Rainbow...sesuai sangat dengan warna bulu dia yang berwarna warni dan berkilat cantik. Waktu sampai ke tangan aku umurnya dalam lingkungan 2 bulan lebih dan masih lagi perlu di suap seperti baby kerana tidak pandai makan sendiri. Anak burung ni tak macam anak ayam atau itik yang menetas jer terus pandai makan sendiri. Menjadi satu kerja pula lah aku tiap-tiap pagi kena bangun awal dan siapkan makanan Rainbow. Makanan spesis lorikeet ni special sikit, tak seperti parrot lain yang hanya cukup makan bijirin dan buahan-buahan sahaja, spesis lorikeet ni makanan dia berupa cecair seperti nektar bunga-bungan... tapi aku tak adalah kasi sejambak bunga setiap hari kat Rainbow suruh dia isap sendiri madu bunga-bungan tu hehheeeee... untuk diet Rainbow kau kasi fresh milk yang aku campurkan dengan madu dan pisang yang dilecek-lecek atau kadang-kadang aku blaber buah-buahan seperti anggur, mangga, prum dan buah-buahan lain bersama-sama dengan telur. Penyediaan diet Rainbow nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah pun kalau dah memang minat dan sayang pada spesis lorikeet nie dan nama pun haiwan kesayangan kan? kalau malas baik korang belalah ayam kampung lagi mudah hehhheee... Sekali aku buat makanan Rainbow memang aku siap-siap buat untuk stok seminggu dua...kalau tiap-tiap hari jenuhlah aku.
Sayang sangat aku pada Rainbow ni sebab dia sangatlah active tak reti duduk diam n malam-malam dia tidur dalam selimut yang aku berikan pada dia. Rainbow ni memang pandai berinteraksi dengan aku, dia sangat suka kalau aku geletek dia dan dia juga cukup suka dengan objek yang berbunyi seperti loceng dan bola.... kesana kemari dia akan golek kan bola dan loceng yang aku belikan pada dia. Kelebihan spesis lorikket ini ialah dia berkebolehan berkicau, tak seperti spesis parrot lain yang hanya berbunyi kuat dan kadang-kadang merimaskan, spesis lorikeet ni memang merdu kalau dia berkicau. Kicauan lorikeet seperti murai batu dan spesis-spesis burung kicau yang lain dan tak hairanlah kalau di Indonesia burung ini diberi nama burung Nuri Berkicau. Kicauannya lorikeet banyak dipengaruhii dengan bunyi kicauan burung disekeliling nya. Kadang-kadang sengaja aku pasang video kicauan burung murai batu untuk ditiru oleh Rainbow dan hasilnya tak mengecewakan malah lagi kuat dan lagi banyak lagu yang berjaya ditiru oleh Rainbow. Rainbow pernah accident dengan aku apabila kereta yang kami naiki kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur pada bulan Disember tahun lepas. Mujurlah kami tidak mengalami kecederaan teruk. Waktu tu Rainbow aku letak kan dalam beg khas yang akan aku letak kan dia kemana sahaja kami pergi. Alhamdullilah mujurlah beg pakaian aku tak menimpa beg yang mana Rainbow aku letakkan.
Rainbow pernah terbang pergi sewaktu aku bawanya balik kampung, masa itu aku tak potong lagi bulu pelepah sayapnya sebab sayang rasanya nak potong bulu pelepah dia. Masa dia terbang pergi tu adalah pada waktu pagi musim banjir di rumah mak aku di Dungun, cuak giler masa tu sebab dia terbang terus tak toleh dah ke belakang lagi.... Puas aku mencarinya dan puas aku memanggilnya lansung tidak menyahut. Waktu itu aku dah pasrah dan memang aku dah redha yang aku akan kehilangan Rainbow buat selama-lamanya. Dari pagi sampailah petang puas aku mencarinya dikawasan sekitar rumah aku tapi Alhamdullilah akhirnya Rainbow dijumpai duduk diatas anak pokok getah di sebelah tanah mak aku, mujurlah anak pokok getah tu tak tinggi kalaulah kena pokok getah yang dah tua mahu menangis aku nak ambilnya. Mujurlah adik aku panjat dan ambil Rainbow di atas pokok getah tu kalau tak nampaknya menangislah aku. Terus bawa balik rumah dan terus aku taruk Rainbow dalam sangkar. Balik Kuala Lumpur terus aku potong bulu pelepah sayap Ranbow sebagai upah terbang lari. Memelihara spesis lorikeet ni kena sabar...sabar sebab diet dia tak seperti spesis parrot lain dan dia pun jenis berak pancut, makan bersepah dan perlukan perhatian yang lebih...tapi percayalah spesis lorikeet adalah spesis yang paling best untuk dijadikan kawan kerana sifatnya yang active dan pandai berinteraksi dengan semua orang... Kalau korang berkira dengan kos diet spesis ini baik kamu lupakan sahaja untuk memelihara spesis ini kerana akan menjadi satu bebanan buat korang... Tak semestinya orang yang boleh memelihara spesis parrot lain boleh dan tahan memeilihara spesis lorikeet ini...tapi bagi aku spesis lorikeet adalah TERBAIK. Oklah penat dah aku menulis...lain kali aku tulis lagi tentang yang lain pula....

Double Dark Pastel Mauve Personatus Fischery

Alhamdullilah akhirnya berjaya juga aku memiliki mutasi yang agak jarang diperolehi di Malaysia ini iaitu mutasi Double Dark Pastel Mauve Personatus Fischery.Saya perolehi mutasi ini melaui seorang breeder dari Pulau Pinang. Pertama kali melihat mutasi ini saya terus jatuh cinta dan tanpa banyak fikir terus membelinya sebagai koleksi istimewa. Istimewanya mutasi ini ialah warnanya yang adak gelap berbanding yang biasa ditemui yang mana agak cerah warna Pastel nya. Jika diperhatikan warna dada mutasi ini secara "live" adalah berwarna silver. Waktu sampai ditangan saya, usia burung ini adalah dalam lingkungan 3-4 bulan.
Alhamdullaih setakat hari ini, pasangan ini dah berusia 7 bulan. Tak sabar tunggu mereka bersalin bulu dewasa sebab bulu anak masih kelihatan tidak cantik dan kemas. Badan mutasi ini agak besar berbanding yang lain-lain dan Alhamdullilah sihat waalafiat :)setakat ini.
Harap pasangan ini akan menjadi induk yang subur pada akan datang dan menjadi salah satu induk yang terbaik dalam simpanan My Birds Region....