Monday, 13 May 2013

April Offspring

Alhamdullilah, April lepas 2  pairs Love Bird aku yang mana satu pair Agarponis dan satu pair Personatus telah berjaya menetaskan anak-anak yang sihat dan cantik-cantik semuanya. Pengalaman mendapat anak Love Bird hasil breed sendiri adalah kepuasan yang tidak boleh diucapkan dengan kata-kata dan hanya kesyukuran sahaja yang boleh diucapkan. Untuk makluman aku tidak mempunyai pair induk Love Bird yang banyak seperti orang lain tetapi Alhamdullilah rezeki yang diberikan olehNya amat disyukuri. Memang target aku yang hanya mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Tiada guna breed Love Bird dalam kuantiti yang besar tetapi hubungan istimewa antara pemilik dengan Love Bird tiada.



Induk Wild Green Personatus + Double Dark Pastel Mauve Personatus.

First induk yang bertelur dan menetaskan anak adalah daripada induk Wild Green Personatus + Double Dark Pastel Mauve Personatus yang aku pair pada bulan February lepas dan awal bulan Mac induk ini mula bertelur dan awal April anak pertama telah berjaya ditetaskan. Aku bangga dengan induk betina Double Dark Pastel Mauve yang aku namakan Marky dan induk jantan Wild Green yang aku namakan Zorro ini kerana ini adalah telur pertama dia dan dia sendiri aku besarkan dengan menyuapnya sewaktu masih kecil. Marky bertelur 4 biji kesemuanya tetapi hanya 3 biji yang berjaya ditetaskan.


Telur batch pertama marky yang kesemuanya 4 biji dan anak marky 3 ekor yang berjaya ditetaskan ketika berusia 3 hari



 Anak Marky dan Zorro ketika berusia satu minggu


 Anak Marky dan Zorro ketika berusia dua minggu dan 3 minggu





Ketika berusia 4 dan 5 minggu

Kesemua anak Marky dan Zorro adalah Dark Green dan agak patchy pada mask dan collared  pada semua anak-anak ini kerana masih lagi anak muda.  Kini perubahan pada mask dan collared mereka makin jelas dan makin terang warna kuningnya dan hitam pada mask mereka. Aku harap Mask dan Collared mereka akan lagi cantik selepas meluruh bulu anak nanti. Mengikut pandangan kasar 2 daripada mereka adalah jantan dan itu yang aku harapkan.




Induk Pastel Blue (Sable) Fischery + Double Yellow Fischery


Induk kedua yang berjaya menetaskan anak adalah Induk Pastel Blue (Sable) Fischery + Double Yellow Fischery. Induk ini aku pairing pada bulan Mac dan Alhamdullilah bulan April mereka dah berjaya menghasilkan anak walaupun batch telur pertama mereka pada awal Mac tidak menjadi. Sable jantan ini aku panggil panggil Biru dan DY pula aku panggil Zebra sebab masa dia kecil dia berbelang hijau tetapi setelah meluruh untuk kali kedua belang hijau telah hilang. Apa yang aku suka dengan induk ini ialah mereka tidak kisah jika aku usik telur mereka sewaktu mereka mengeram dan ini sama sifatnya yang boleh mempercayai aku seperti mana induk-induk lain dalam simpanan saya. Mereka berjaya tetaskan 2 ekor anak daripada 3 biji telur yang dihasilkan



Yang Special ialah, induk ini menetaskan anak seperti warna mereka iaitu seekor Rubino dan seekor Pastel Blue Sable. Rubino adalah Love Bird yang berwarna kuning tetapi mempunyai iris mata berwarna merah tetapi warna mata adalah hijau ruby. Ini adalah anak pertama Zebra.


Induk ini aku kira induk yang bagus kerana ketika anak mereka diambil kondisi anak adalah dalam kaadaan montel dan bersih tanpa ada kotoran pada paruh dan bulu anak. Bermakna induk ini pandai menjaga anak  dan kebersihan anak-anak mereka. Anak yang dibesarkan oleh induk yang bagus boleh dilihat pada gebunya bulu kapas pada anak-anak mereka dan jika sebaliknya bermakna induk kurang mahir dalam membesarkan anak-anak mereka.





 Mengikut pandangan kasar anak Rubino adalah betina manakala anak Pastel Blue Sable adalah jantan.

Kesemua anak-anak ini telah aku pakaikan Legband RIZ001-RIZ004... Sayang sekali Rubino aku tak dapat meakainkannya Legband kerana kakinya telah besar dan tak muat untuk disarungkan Legband. So sebagai ganti aku pakaikannya dengan cincin perak biasa.

Alhamdullilah setelah 2 tahun cuba untuk breed baka Love Bird terpilih akhirnya terbalas dengan kelahiran anak-anak Love Bird yang comel dan sihat. Semoga pada bulan Jun nanti ada baby Love Bird yang menetas lagi daripad induk-induk lain dan induk ini sekali.... Amin





Wednesday, 17 April 2013

Mari belajar Sifir untuk hasilkan anak Agarponis Personatus yang dihajati...


Dalam Agarponis Personatus kita mempunyai 3 jenis mutasi Blue. Pertama, Blue yang tanpa Dark Factor  (faktor gelap/warna gelap) atau dikenali Single Factor (SF) . Kedua, Colbart atau iaitu burung yang mempunyai satu Dark Factor (faktor gelap/warna gelap) Dark Factor (D) dan yang Ketiga ialah Ungu/Violet muda dengan dua dark factor (DD Factor). Dark Factor adalah ciri-ciri dominan dan setiap burung pasti akan membawa gen dominan ini.

Jika anda ingin membiak untuk memdapatkan anak MAUVE, anda memerlukan dua ekor induk Dark Factor. Blue adalah resesif yang bermakna kedua-dua induk jantan dan betina boleh dibahagikan kepada Blue.

Jangan breed induk Mauve dengan induk Double Dark Factor kerana anak yang dihasilkan mempunyai bulu yang pendek dan bersaiz kecil.

Ini adalah tip yang saya perolehi yang ditulis oleh seorang breeder dari Belgium untuk menghasilkan anak yang diingini berpandukan kepada warna induk.


Dark green (one dark factor) x blue

Green/blue

Dark green/blue


Dark green/blue x blue

Green/blue

Dark green/blue

Blue

Cobalt


Cobalt x Green

Green/blue

Dark green/blue


Cobalt x Green/blue

Green/blue

Dark green/blue

Blue


Cobalt x Blue

Blue

Cobalt


Cobalt x Dark green

Green/blue

Dark green/blue

Olive (two dark factors)/blue


Cobalt x Dark green/blue

Green/blue

Dark green/blue

Olive/blue

Blue

Cobalt

Mauve


By Didier Mervilde (Belgium)

Monday, 8 April 2013

Makanan yang saya gunakan untuk Feeding anak Lovebird dan medium parrot....


Saya ingin kongsi sedikit pengalaman saya dalam handfeeding anak-anak Lovebird dan Medium Parrot yang pernah besarkan. Selama melayan minat kepada Lovebird dan parrot ini, saya telah menggunakan beberapa produk makanan formula untuk anak-anak Lovebird dan parrot yang masih. Tujuan utama mengapa anak-anak Lovebird dan Parrot diambil dan di handfeed adalah kerana untuk memastikan mereka menjadi jinak bila besar dan lebih mesra untuk berinteraksi dengan tuan mereka. Di sini saya akan kongsi beberapa jenis makanan formula yang saya gunakan untuk Hand Feeding anak-anak Love bird dan Parrot saya.


Kaytee Exact Hand Feeding ialah jenama yang paling popular dikalangan peminat burung seluruh dunia dan merupakan jenama antarabangsa keluaran daripada Amerika Syarikat. Kelebihan Kaytee Exact Hand Feeding ialah kandungan zat dan vitamin yang amat sesuai dan diperlukan oleh anak-anak burung yang sedang membesar. Mengikut pengalaman saya, anak-anak burung yang diberi makan Kaytee Exact ini cepat membesar dan sihat jika cara pemakanan yang disyorkan diikuti dengan betul.

Satu lagi kelebihan Kaytee adalah nilai tanggungjawab syarikat pengeluar Kaytee yang sentiasa update perkembangan produk mereka dan jika ada sesuatu masalah berkaitan dengan produk mereka, pihak mereka akan maklumkan kepada pengguna melalui internet dan lama  sesawang bagi memastikan keselamatan burung-burung yang memakan makanan formula daripada keluaran mereka sentiasa selamat. 

Perlu diingat,  Kaytee Exact Hand Feeding mempunyai beberapa jenis yang mana hanya sesuai bagi sesetengah parrot mengikut. Setiap jenis parrot adalah berbeza jenis Kaytee  Exact yang perlu digunakan, dan sebagai contoh Kaytee Exact untuk Macau tidak boleh digunakan untuk burung yang bersaiz kecil dan medium kerana kandungan protein dan lemaknya yang tinggi boleh membahayakan anak burung-burung yang bersaiz kecil dan medium dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu adalah bagus jika anda bertanyakan kepada penjual dan mencari maklumat melalui laman sesawang Kaytee http://www.kaytee.com/ untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan jenis makanan yang mana paling sesuai untuk burung anda. Harga satu pek Kaytee Exact Hand Feeding 2.7kg adalah berharga RM113-RM130 dipasaran Malaysia dan ada dijual di mana-mana petshop yang terpilih.

Zeigler juga merupakan jenama makanan untuk Hand Feeding yang pertama saya gunakan. Bagi saya tiada beza antara menggunakan Kaytee Exact Hand Feeding dan Zeigler Hand Feeding kerana semua anak-anak burung saya menunjukan perkembangan yang positive dengan memakan makanan formula ini . Formula Zeigler  lebih halus dan lagi mudah dibancuh berbanding jenama Kaytee. Kandungan zat dan vitamin jenama ini juga amat bagus dan lebih kurang dengan jenama Kaytee. Harga satu botol Zeigler Hand Feeding di pasaran adalah RM38.





Susu NURSOY  yang digunakan untuk bayi juga boleh diberikan kepada anak-anak Lovebird dan Medium parrot jika kita ketiadaan makanan daraipada 2 jenama diatas. Susu NURSOY adalah susu formula daripada kacang soya yang diberikan kepada bayi yang alah pada susu lembu. Susu ini dibancuh pekat dan disuap kepada anak-anak burung seperti makanan formula untuk anak burung yang lain. Menurut seorang sahabat yang telah lama menggunakan makanan formula lain dengan susu NURSOY untuk anak-anak Lovebird beliau mengatakan anak-anak burung yang diberi susu ini lebih cepat membesar dan mempunyai saiz lagi besar berbanding anak-anak Lovebird yang diberi makan makanan formula seperti Kaytee dan Zeigler. Insyaallah kali ini saya ingin memcuba susu ini untuk di suap kepada anak-anak Lovebird saya yang akan datang. Harga dipasaran satu tin susu NURSOY ini ialah RM38.







Untuk memastikan anak-anak Lovebird dan medium parrot saya memdapat vitamin, zat dan nutrien yang mencukupi saya akan menambah  roti putih, Cod Live Oil, telur, madu, dan extra virgin olive oil didalam bancuhan makanan formula mereka. Kesemua bahan ini saya satukan sekali dengan sukatan yang betul iaitu dalam kira-kira sesudu kecil Cod Live Oil, madu, dan extra virgin olive oil dan sebiji telur. Bahan-bahan ini jangan diberika secara berlebihan terutama madu kerana madu bersifat panas takut anak-anak burung mengalami panas badan yang melampau. Saya akan campur bahan-bahan ini setiap hari dan Alhamdullilah anka burung yang diberi tambahan bahan-bahan ini membesar lagi sihat dan besar. Cod Liver Oil dan extra virgin oil amat sesuai untuk tulang, bulu dan mata serta untuk merangsang antibodi semulajadi mereka lebih kuat. Madu pula bagus untuk membunuh bakteria jahat dan telur serta roti untuk protein dan serat.

Saya harap sedikit perkongsian saya ini boleh dijadikan rujukan pada peminat-peminat burung. Sebagai pemilik seharusnya kita memberikan yang terbaik kepada burung-burung kita terutama bagi anak-anak burung yang masih di dalam proses pembesaran diperingkat anak untuk memestikan mereka membesar pada kadar yang optimun. Anak-anak burung yang diberikan makanan yang sempurna pada peringkat anak kecil akan memastikan mereka membesar dengar sihat dan cantik. Jangan berkira dengan peliharaan kita kerana hasinya adalah untuk kita kelak. Tiada kepuasan lain bagi seorang peminat selain melihat burung-burung yang dipelihara membesar dengan sempurna.


Wednesday, 27 March 2013

Tertipu oleh mereka yang tak jujur....

Rasanya tak ramai yang jujur dikalangan penjual burung nie..rata-rata semuanya utamakan wang daripada kejujuran dan nilai persahabatan. Simbol $$$ lebih diutamakan daripada kejujuran dalam urusan jualan. Tak terfikirkah orang seperti ini dosa pahala dan tak sayangkah mereka dengan nilai persahabatan???
 
Dalam kita mempercayai seseorang rupanya dibalas dengan ketidak jujuran... Hilang terus rasa respect pada orang seperti ini malah rasa benci dan meluat makin meluat-luat tapi apa gunanya kalau membenci sekalipun kerana ia tidak membawa apa-apa makna dan kebaikan.
 
Cukuplah sekali kena maka aku akan "blacklist" terus nama oarang seperti ini di dalam kamus hidup aku. Mungkin jika bertemu aku akan tegur seperti biasa sebagai tanda kenalan biasa tetapi untuk respect, hormat dan mesra seperti dulu mungkin tidak. Satu persatu kisah orang seperti ini akan dibogelkan oleh orang yang pernah terkena...maka terlanjang bulat lah orang seperti ini dimata umum.
 
Bukan mahu mencari musuh dalam minat yang sama tetapi persahabatan atas dasar minat yang sama adalah perkara pokok dalam perhubungan kita sebagai sahabat. Sudah beberapa kali aku terkena dengan orang seperti ini tapi kerana mudah percaya pada seseorang aku terkena lagi. Kadang-kadang kita salahkan orang lain kononnya menabur pasir di dalam periuk rezeki kita tapi kita lupa yang sebenarnya kita sendiri yang menabur pasir di dalam periuk nasi kita... Tapi aku yakin ramai lagi diluar sana yang jujur dalam berurusan dan amat sayangkan persahabatan... Bagi mereka yang terasa jangan salahkan aku tapi cuba-cubalah berdiri di depan cermin dan tenunglah sifat kamu sendiri....

Sunday, 24 March 2013

My Colorful Agarponis Collection's....



Alhamdullilah sangat-sangat bersyukur kepadaNya kerana diberi rezeki dan dilimpahi rahmatnya kepada koleksi Lovebird saya dengan kesihatan yang paling optimun pada masa sekarang. Hati terasa amat bersyukur bila melihat koleksi peribadi Lovebird saya semuanya sihat-sihat dan dan cergas. Kesihatan dan kecergasan mereka boleh  dilihat pada warna bulu yang berkilat dan kemas, mata yang bersinar.


 Gembira bila melihat koleksi Lovebird saya masing-masing sudah mula membiak dengan baiknya. Alhamdullilah semuanya gemuk-gemuk dan mantap hasil daripada diet sebaik mungkin yang saya mampu berikan kepada mereka. Jelas kelihatan dada yang padat dan penuh menunjukkan yang mereka sihat dan bersaiz besar. Burung yang sihat pasti akan dapat membiak dengan baiknya dan Alhamdullilah 3 pairs didalam Aviary saya sedang mengeram dan 2 pairs telah berjaya menetaskan anak-anak pada musim pertama ini. Insyaallah mungkin offspring kali ini semua induk-induk Love birds saya akan berjaya menetaskan anak-anak dengan sihat dan cantik-cantik serta bersaiz besar.



gambar : Induk-induk yang di dalam proses pembiak bakaan








gambar: Anak-anak daripada Offspring lepas


Alhamdullilah 6 ekor anak-anak pada offspring lepas juga telah membesar dengan baiknya dan sihat. Insyaallah anak-anak ini akan dijadikan induk apabila mencapai usia setahun lebih. Pemilihan anak-anak yang bersesuaian akan saya lakukan bagi menjamin mutu baka Lovebird yang saya biak nanti akan menepati matlamat saya. Hanya yang terpilih sahaja akan dijadikan induk manakala yang kurang sesuai akan disimpan atau dijual sebagai pets.

Bila melihat koleksi saya semuanya sihat dan membiak dengan baik membuatan saya rasa amat berbaloi dengan penantian hampir 2 tahun untuk mendapat hasilnya.


Wednesday, 20 March 2013

Offspring season...

 

Syukur Alhamdullilah pada bulan Febuari ini 3 pairs induk LoveBird iaitu dua induk Fischeri dan satu induk Masked telah bertelur dan mengeram. Menjadi kepuasan apabila induk yang disayang dan dipelihara sejak kecil telah menjadi induk buat pertama kalinya dalam kitaran hidup mereka.

Berkat kesabaran terhadap minat ini akhirnya terbalas apabila membuka nestbox mereka dan melihat telur-telur mereka yang kecil dan putih sedang dieram oleh induk betina. Membiak LoveBird bukan mudah, ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Pernah seorang kawan yang memakan masa 2 tahun untuk membiakan LoveBird dan beliau give up kerana terlalu mengharapkan LoveBird beliau membiak. Alhamdullilah saya hanya mengambil masa dalam setahun untuk membiak LoveBird setelah beberapa kali gagal.





Alhamdullilah induk pertama Masked/Personatus saya telah bertelur pada 25 Feb lepas. Induk betina adalah DD Pastel Mauve yang saya pasangkan dengan induk jantan Wildgreen/Collared. Pair ini saya satukan pada awal bulan Januari lepas dengan cara saya lepaskan mereka dengan 2 ekor lagi induk matang Masked/Personatus didalam simpanan saya untuk membolehkan mereka memilih sendiri pasangan mereka dan hasilnya pasangan ini telah mengambil masa untuk menjadi bonding pair hanya dalam masa 2 hari sahaja.

Satu sifat LoveBird dalam proses pembiakan mereka ialah mereka akan cepat membiak jika pasangan itu adalah pasangan pilihan mereka sendiri berbanding pasangan yang ditentukan oleh pemilik mereka. Ketiga-tiga pair ini adalah pair yang telah bonding dengan cara semulajadi tanpa ditentukan oleh saya dan memang terbukti mereka hanya mengambil masa tidak lebih 2 bulan untuk mula bertelur.







Dua pasang induk LoveBird saya daripada mutasi Fischery juga telah mula mengeram dalam jumlah telur 5 biji setiap pasangan dan dijangka akan mula menetas pada awal bulan Mac nanti. Kedua-dua induk ini saya lepaskan didalam aviary yang berukuran 4x5x6 bersama-sama dengan satu lagi pasangan induk Blue Fischery yang baru sahaja minggu ini menetaskan 4 ekor anak.

Induk pertama yang bertelur adalah induk Double Factor Yellow yang berpasangan dengan Dark Green dan satu lagi pasangan ialah Double Factor Yellow yang berpasangan dengan Sable Blue Pastel.

Rasa tak sabar untuk menantikan anak-anak mereka yang bakal menetas nanti dan induk-induk lain yang berada dalam koleksi saya akan mula bertelur pada masa terdekat ini.