Tuesday, 23 September 2014

Sulfur Cockatoo, Moluccan Cockatoo, Palm Cockatoo, Lories, Indian Ring Neck, Cockcateil, Guppy, Ketutu

Assalamualaikum.....

Dah lama tak update blog minat ni. Rasa rindu pun ada untuk update tapi maklumlah tiada idea atau isu yang menarik untuk dikongsikan sejak dua mejak ni.

Dah lama rasanya ingin update cerita pasal minat yang sama saya dengan kawan-kawan saya iaitu minat pada parrot, baik parrot bersaiz besar hinggalah sekecilnya iaitu budgies. So hari ini saya ingin promote sikit koleksi dua sahabat saya yang juga breeder yang berjaya dalam breed spesis parrot ini termasuklah juga minat terhadap ikan hiasan iaitu guppy dan ikan yang bernilai tinggi iaitu ikan ketutu atau orang Pantai Timur panggil ikan Ubi atau Ikan Hantu dikalangan kaum Cina.

Firstly saya nak kenalkan kawan saya yang pemalu dan undergroup iaitu Matt, jejaka bujang yang masing single yang masih menunggu bidadari syurga. Matt ni orangnya stady je, bak kata orang Terengganu "jenis dok kesoh hal". Minat Matt ni pada spesis Lory memang no. 1 lah tapi tak tahulah kot dah jadi no keberapa sekarang ni minat pada spesiS Lory. Minat pada spesis yang sama dengan saya. Last saya pergi kerumah beliau banyak koleksi yang dia ada seperti Dusky Lory, Duyvenbode Lory ,  Black Lory, Brown Lory, Rainbow Lory,Yellowish -Streaked Lory, Black Cape Lory dan sekarang dah ada Caldina Lory....pehhh gilalah koleksi dia. 

Sekarang beliau dah berjaya breed beberapa pasangan koleksi Lory yang beliau miliki, syukur Alhamdullilah murah rezeki dia. Disini saya lampirkan pic yang daripada internet spesis lory yang Matt miliki (sorry pic yang asal daripada Matt tidak saya simpan dalam koleksi saya)



Black Lory


Caldina Lory






Duyvenbode Lory


 Rainbow Lory 


Green Naped Lory


Yellowish -Streaked Lory


So, pada sesiapa yang minat pada spesis Lory untuk dijadikan burung peliharaab bolehlah call saya dan saya akan panjangkan kepada Matt Izi. Tapi bukan spesis Lory sahaja Matt Izi breed dan bela, beliau juga ada breed dan bela spesis cockcatoo seperti Moluccan, Blue Eye Cockcatoo, Sulfur Cockcatoo, Citreon Cockcatoo, Umbrella Coccaktoo malah Palm Cockcatoo pun ada. Jika sesiapa betul betul berminat pun beliau boleh carikan dengan supplier dengan harga yang berpatutan.



Blue Eyes Cockcatoo



Mollucan Cockcatoo



Palm Cockcatoo



Sulfur Cockcatoo



Ok, sorang lagi kawan saya ialah Quek. Quek ni kira otailah bagi saya sebab memang orang lama bab breed burung. Quek specialist dalam breed Indian Ring Neck, Cockcatei, Budgies, Lory, ikan hisan dan ikan ketutu. Saya sangat adore dengan cara Quek sebab nampak sangat teratur farm tempat dia menjalankan aktiviti breeding. Paling saya adore adalah bab ikan ketutu...pehh calang-calang orang je berjaya seperti dia... dibawah saya kongsi pic beliau denga koleksi beliau.



Cockcateil


Anak Muda Indian Ring Neck Parakeet


Anak Indian Ring Neck Parakeet










Ikan Ketutu a.k.a Ikan Ubi/Hantu




Ikan Guppi


Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan koleksi Parrot dan sesiapa yang mencari stok ikan ketutu boleh lah hubungi saya untuk mendapatkan no telefon dua orang kawan saya ni... Di ingatkan saya bukan orang tengah, cuma saya nak promote hasil usaha kawan saya sahaja. Segala urusan anda deal lah sendiri dengan empunya diri :)

Thursday, 29 May 2014

Tommy my Yellow-crowned Amazon (Amazona ochrocephala)


Assalamualaikum...

Agak lama juga saya tidak update blog saya ini kerana tiada cerita dan kisah ingin saya kongsikan.

Alhamdullilah hari ini saya ingin ceritakan tentang anak baru saya iaitu Tommy dari species Yellow-Crowned Amazon atau nama saintifiknya Amazona ochrocephala. Yellow-Creowned Amazon adalah parrot yang berasal dari kawasan tropikal dari native South Amarica dan Panama, pendek kata geng-geng sambalah.

Tommy saya beli daripada seorang pemilik daripada Facebook yang terpaksa menjualnya kerana kekangang waktu untuk menjaganya dengan baik. Bukan saya kata owner lama tak menjaganya dengan baik tetapi owner lama mempunyai alasan tersendiri. Keputusan owner lama untuk menjual Tommy kepada saya pun disebabkan oleh kerana beliau terpaksa mengikuti kursus wajib selama 6 bulan diluar kawasan dan tiada sesiapa yang ingin menjaganya. Oleh kerana perkara itulah Tommy terpaksa beliau lepaskan kepada saya.

Tommy baru sebulan berada dalam peliharaan saya dan menurut pemilik asal Tommy sudah berusia 4 tahun lebih di dalam jagaan beliau, so saya andaikan usia Tommy mungkin sudah lebih daripada 6 tahun. Sewaktu mula-mula mengambil Tommy, kaadaan Tommy tidak seberapa memuaskan kerana stress akibat kurang perhatian daripada pemilik asal. Tommy mengalami sindrom Feather-Plucking mungkin kerana stress dan Alhamdullilah kini Tommy semakin pulih dan bulu bulu pelepah baru semakin tumbuh.

Oleh kerana masalah Feather-Plucking yang dialami oleh Tommy maka saya terpaksa memberi perhatian lebih kepada Tommy supaya stress yang dialami dapat dipulihkan dan dengan masa yang sama sindrom Feather-Plucking yang dialami dapat dipulihkan.

Sekarang ini saya menjaga diet Tommy sebaik mungkin. Buah-buahan juga diberikan kepada Tommy seperti epal, mangga dan tebu. Pasta yang digaul dengan cod liver oil juga saya berikan dan Tommy amat menyukainya. Seperti sedia maklum cod liver oil amat bagus untuk haiwan peliharaan kerana kaya dengan vitamin, zat dan omega yang amat diperlukan untuk tulang dan bulu haiwan. Kini bulu pelepah Tommy makin sihat bersinar dan matanya yang jernih dan bersinar jelas menunjukkan yang Tommy sihat. Insyaallah mungkin dalam 2 bulan lagi Tommy akan pulih sepenuhnya.

Dengan dirt yang dijaga kini Tommy dah makin kuat cengkaman kakinya. Jika dulu cengkamannya kakinya agak lemah dan saya dapat rasakan perubahan yang positive dari kekuatannya. Tommy juga pandai bercakap dan suka bersiul. Menjadi kelebihan Amazon Parrot berbanding parrot dari spesis lain adalah keupayaannya menyebut perkataan dengan jelas dan tepat. Assalamualaikum, Hello, bersiul, meniru bunyi burung ketitir, bunyi oarang ketawa adalah vokal yang selalu Tommy lakukan. Kini ada beberapa perkataan lain lagi yang Tommy vokal kan tetapi tidak berapa jelas bunyinya.

Bila Tommy dan pulih sepenuhnya saya akan kongsikan pic Tommy di dalam blog ini kelak.

Monday, 7 April 2014

My pair, SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery vs Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Sable Fischery





Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog Moriz's Birds Region ni sebab tak ada apa nak diceritakan...
Ok hari ni nak cerita pasal 2 anak saya ni yang dalam kategori Pied iaitu satu nya SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery (male) dan Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Sable Fischery (female) yang baru sahaja dalam sebulan lebih saya pair kan untuk tujuan breeding.

Kedua-dua mereka di import oleh sahabat saya dari Bangkok yang pada mulanya adalah untuk beliau sendiri breed tetapi saya memujuk beliau untuk jualkan kepada saya. Alhamdullilah beliau setuju untuk menjualkan kepada saya.



 

Sudah lama sebenarnya saya mengidamkan memiliki baka Pied ini cuma tidak berkesempatan dan Alhamdullilah akhir saya dapat juga untuk tujuan breed. Baka Pied ini memang menjadi kegilaan peminat LB baik di Malaysia mahupun di negara luar. Harga baka Pied tidaklah murah dan harganya juga ditentukan oleh warna dominant yang dimiliki dan symmetry (keseimbangan warna antara kanan dan kiri) warna pada badan Lovebird tersebut. Bukan semua baka Pied memiliki symmetry yang cantik jadi sebagai pembeli anda haruslah bijak memilih dan menilai baka pied yang anda ingin miliki dan lagi bagus jika anda study terlebih dahulu tentang mutasi Pied ini supaya anda berpuas hati kemudian hari.

SF Dominant Pied Violet Blue Sable Fischery 

Pied Spangle Slaty Mauve Light Foam Fischery

Alhamdullilah hanya satu hari sahaja kedua dua Pied saya ini telah bonding hinggalah ke hari ini. Alhamdullilah induk betina telah menunjukkan kelakuan ingin bertelur dengan sentiasa berada di dalam nestbox dan membaiki bedding di dalam nestbox seperti kelakuan induk yang sudah bersedia untuk bertelur. Cuma masalahnya kini adalah  induk jantan masih lagi agak muda untuk jadi pejantan. Saya tidak terlalu mengharapkan mereka bertelur secepat mungkin cukuplah mereka sihat dan bersedia untuk bertelur dengan sendirinya.

Semoga pasangan ini menjadi baka bagi Moriz" Aviary. Saya kini dalam merancang untuk mempertingkatkan baka Lovebird saya untuk kepuasan diri sendiri. Saya sangat sangat berharap peminat Lovebird di Malaysia akan ada persatuan di setiap negeri ataupun bahagian masing-masing untuk memajukan minat ini bersama. 

Thursday, 20 February 2014

My Next Breeding Project...Wild Green Personatus X Blue Personatus



Projek terbaru adalah projek untuk breed kan pasangan ini.
Alhamdullilah setelah lama mencari induk betina yang sesuai untuk di pasangkan dengan induk jantan Wild Green akhirnya saya dapat juga. Saya beli induk betina ini dengan sahabat saya Khairuddin. Induk yang kira saya telah berusia setahun lebih dan sudah bersedia untuk menjadi induk.





Alhamdullilah setelah dua minggu lebih deletakkan di dalam cage yang sama akhirnya mereka telah bonding. Induk jantan Wild Green ini memang payah untuk bonding dengan mana-mana induk betina. Melihat mereka bonding dan bersuap-suap makanan sudah cukup buat saya gembira. Insyaallah anak yang bakal dihasilkan pasti akan lebih berkualiti daripada anak-anak yang lepas sewaktu induk Wild Green ini saya pasangkan dengan induk DD Pastel Mauve. Harap warna dan mask anak pasangan ini akan lebih berkualiti dan lebih cantik daripada induk mereka sendiri.




Tak sabar untuk tunggu pada offspring nanti...semoga projek ini berjaya :)..Aminnn...


Sunday, 12 January 2014

Green-Naped Lorikeet

Assalamualaikum,

Agak lama saya tidak update blog minat saya ini untuk perkongsian dengan pembaca semua oleh kerana kesibukan kerja dan ditambah dengan ketiadaan idea dan bahan untuk ditulis. Hari ini terasa rajin pula untuk update blog saya ini.

Oklah, hari ini saya ingin menceritakan sedikit perkongsian minat dan koleksi terbaru saya iaitu Green-Naped Lorikeet atau nama saintifiknya T. H. Haematodus. Green-Naped Lorikeet ini saya namakan "MAS" sebab senang dipanggil dan mudah diingati oleh ahli keluarga saya. Dibeli ketika berusia 2 bulan daripada breeder yang juga kawan baik saya iaitu Abang Joe.







Tidak sukar memelihara spesis Lorikeet ini sepertimana yang pernah saya ceritakan bagaimana rutin dan diet mereka didalam pages Red Lorikeet saya. Sewaktu kecil diet mereka ialah saya hanya gunakan nestum bayi yang telah dicampur dengan madu. Bancuhan adalah sedikit cair kerana sifat spesis Lorikeet yang memakan cecair dan buah-buahan. Kami hanya suap mereka lebih kurang sebulan lebih sebelum mereka boleh makan dengan sendiri.

Setiap hari nestum tetap diberikan kepada mereka sebagai diet utama dan manakala bijirin serta buah-buahan adalah diet sampingan mereka. Lorikeet bukan jenis pemakan bijirin jadi sebagai pemilik kita haruslah pastikan bua-buahan sentiasa ada dan makanan gantian seperti nestum, susu dan madu haruslah diberikan mereka dengan cara bancuh ketiga-tiga bahan ini sekali. Nestum yang hanya dibancuh dengan air suam juga sudah memandai bagi mereka.


























Buat masa ini warna bulu mereka masih lagi "bulu anak" yang mana ia masih lagi tidak menyelah dan bersinar seperti mana warna burung yang dewasa. Bulu mereka akan menjadi lagi cantik dan "garang" bila mereka matang di usia 2 tahun lebih. Rasa tidak sabar untuk melihat mereka dewasa dengan warna yang menarik serta bentuk badan yang lagi solid dan padat.

Kelebihan Green-Naped Lorikeet adalah sama dengan spesis Lorikeet yang lain. Mereka aktif dan suka bermain. Selain warna mereka yang amat menarik dan berwarna warni, spesis Lorikeet juga terkenal dengan keasyikan siulannya seperti "song bird" dengan pelbagai gaya siulan yang ditiru daripada burung-burung lain serta bunyi-bunyi yang biasa mereka dengari disekitar mereka.

Bagi saya spesis Lorikeet ini amat sesuai dijadikan penyeri di dalam aviary yang dibina dihalaman rumah kerana kita tak akan terasa sunyi dengan bunyi riuh rendah mereka.

Gambar di bawah adalah gambar contoh Green-Naped Lorikeet yang telah matang yang saya ambil dari sumber internet